Monday, December 26, 2011

Kembali ke Dunia Maya (bukan Maya Karin)

Rakan2 sekerja & 'bekas' rakan sekerja

Tidak update blog sekian lama bukan bermakna sudah lupa atau malas atau tidak buka langsung blog ini. Masih mencari masa yang sesuai untuk menulis. Kalau feel untuk menulis tak ada pun tak guna jugak. Isi jadi kosong. Tulis merapu-rapu (walaupun sebelum ni banyak yang merapu). Alasan yang sebenar dan sangat kukuh ialah tiada masa untuk menulis atau update. Boleh jer pun upload 1 gambar dan update tetapi, harap maaf, memang tiada masa. ( update status facebook dan 24jam online ada masa pulak ? eh kamon la..itu dekat iphone )

Kenapa boleh jadi sampai takde masa nak update ? Sebab..masa lebih banyak dihabiskan untuk bekerja dan 'mencari kerja' (time to changed, already 3 years).

Memetik kata2 CEO syarikat sekarang "Syarikat sekarang tak berapa stabil tapi masih mampu bayar gaji tapi tiada OT dan elaun lain." katanya lagi " Kamu kena komited dengan kerja walaupun tidak dibayar overtime. " berkata lagi dihari yang lain kepada salah seorang rakan sekerja (senior) setelah beberapa jam menonton CCTV (paranoid) "Kenapa takde orang belakang rack buat kerja hari ni. Kenapa ? Moral down ker sebab saya tak bayar OT ." Dan yang paling tak boleh blah " Mana semua orang. Kenapa semua balik awal harini ?" time tu dah dekat pukul 7 malam.

Start dari hari itu, aku pun mula bekerja keras sehingga lewat malam dan kadang-kadang di hujung minggu walaupun tidak di bayar apa-apa. Dalam hati cuba niatkan seikhlas mungkin tapi kalau dah selalu ikhlas pun, poket barai jugak tengah-tengah bulan. Siapa nak tolong isi minyak bila datang office.

Kalau dah karam, tak guna mintak tolong. Betulkan ?

Jadi setelah mendapat seorang bos yang paranoid dan lebih suka menonton CCTV untuk memantau staff buat kerja daripada cari business lain, ibarat aku sedang bekerja di dalam sebuah kapal yang dah hampir karam tapi kapten kapal rilek-rilek jer. Jadi sebelum betul-betul karam lebih baik cari kapal lain dulu. Kalau kapal ni selamat daripada karam pun, belum tentu boleh pergi jauh kalau kapten takde mission & vision.

Lagipun kebanyakan orang kuat syarikat pun dah keluar kerja tempat lain dan yang tinggal sekarang hanya 4 orang engineer, 6 operation termasuk manager, 1 project manager, 1 admin dan 1 CEO. Yang betul2 bekerja siang dan malam (kuli termasuk lah aku) cuma ada 9 orang dan masing-masing tunggu masa untuk ikut jejak langkah yang lain. pergi meninggalkan kapal karam dan cari kapal baru yang lebih besar dan kukuh..Yeahh

note : alhamdulillah dah interview beberapa tempat dan masih menerima jika ada yang nak panggil untuk interview..hehe

2 comments:

Sofea said...

jack.. u jumpa i jump.. better jump a.s.a.p sebelum terlambat.

Unknown said...

nak jump pun kene tengok gak bang takut ade jaws ke..buaya ker...