Thursday, January 24, 2013

Cerita Ini.....Telah Lama Aku Pendamkan....

Bermacam perkara sejak dari bulan November hinggalah dah masuk tahun baru 2013 dan hampir ke penghujung Januari sekarang ini, kesuntukan masa untuk berkarya di blog ini menyebabkan ia tersadai begitu sahaja..hehe..bunyi macam poyor...bak kata Johan dalam Maharaja Lawak Mega 2012..INI SEMUA POYORRRR..!!! Tahniah Jozan sebab jadi juara MLM 2012...

Wife pregnant 6 bulan..bukan aku yang pregnant k..hehe
 
Awal.november seperti yang post terakhir adalah hari kelahiran aku yang ke-29 dan di sambut di kampung orang rumah di kelantan. Selang seminggu iaitu pada 11 Nov 2012, ibu mertuaku telah pulang ke rahmatullah setelah sekian lama menderita sakit kanser. Aku dan isteri redha dengan pemergiannya kerana tak tahan melihat arwah menanggung kesakitan, cuma kami agak ralat sebab arwah tidak sempat menimang cucu pertama. Ketika itu isteriku sedang mengandung 6bulan.

Ulangtahun syarikat yang ke 30 di Shangri La Hotel..seusia dengan aku..

Selang 2 minggu selepas arwah pergi, bapa mertua pula sakit teruk. Orang tua-tua kata bila pasangan hidup kita pergi, mereka akan pergi dengan membawa sebahagian dari semangat kita jadi mungkin itulah yang berlaku kepada bapa mertuaku. Dalam minggu itu kami juga pulang ke ke kampung. Perjalanan dari KL ke Kelantan dan Kelantan ke KL dah rasa macam tak jauh. Cuma yang risau sebab wife tengah pregnant, kena rehat banyak dan kurangkan perjalanan jauh. Kami cuma berdoa semoga tiada apa2 yang berlaku

Shopping di Bebe Totz
Wife semangat membasuh baju-baju baby..seronoknya...tak sabar..

Bulan 12 juga agak sibuk dengan kerja dan peribadi. Kerja kalau cerita memang tak akan habis. Aku dan isteri mula mencari barang-barang untuk menyambut kelahiran anak kami yang pertama. Ade yang beli online dan ada juga beli di Ikea, Anakku dan Bebe Totz berhadapan Zoo Negara tapi kebanyakan beli di Jusco sebab mudah.

3 orang adik iparku dari kiri nadiah, yus & najah

Tag Sunway Lagoon
bersama wife dan adik ipar.

Wife duduk jaga barang..kesian tak dapat main air...tunggu baby besar sikit kita datang lagi..

Dalam bulan 12 juga 3 orang adik iparku datang berjalan membawa yang bongsu sebelum nak masuk sekolah. Jadi bawalah pergi Sunway Lagoon masa cuti Krismas. WIfe pun ikut jugak masuk teman tapi tak boleh main air atau apa-apa permaianan.Nanti terberanak awal pulak. hehe Next time ya bawa anak main air..papa pulak jaga barang...haha

New Year sambil tengok fireworks sambil makan2..

So, malam new year tu takde planning pergi mana tapi seorang rakan telefon ajak pergi Tasik Titiwangsa sambut harijadi kawan and sebab memang takde hala tuju pun terus setuju. Wife pun beria-ria ajak berjalan. Seronok kot sebab dah lama tak keluar sampai lewat malam. Jadi sambut newyear dekat Tititwangsa sambil tengok bunga api KLCC. Ingatkan midnight tak ramai orang tapi meriah gila titiwangsa macam baru pukul 8 malam.

Checkup dekat KPJ Ampang Puteri
Expo di PWTC last week. shopping lagi.

Setakat bulan januari ni tak banyak aktiviti memandangkan wife dah agak sarat sekarang. Ye la dah 8 bulan. Dengan kesihatan tak berapa mengizinkan..tanggung batuk lebih 2 minggu sampai la sekarang. Jadi tak ada pergi mana-mana selain cari sikit-sikit lagi barang baby dan pergi Hospital untuk checkup. Segamat pun dah 2 bulan lebih tak balik. Rindu dekat abah dengan mama tapi mama kata maybe this week nak datang KL..yahuu....

note : tak sabar nak jadi daddy.... :)

3 comments:

Sofea said...

Panjang post hg kali nie.. peram lama sgt hg punya blog... nanti baby kuar roger aku k... expected bila?

Unknown said...

@alkisah - insyaAllah nnt aku roger...

Unknown said...

comelnyaa wife! hihi