Wednesday, May 07, 2014

Chelsea, haters & bas sekolah.

Aku bukanlah seorang "kipas susah mati" gila-gila untuk pasukan bolasepak Chelsea, yang sanggup bermati-matian pergi tonton perlawanan chelsea di Stamford Bridge (mana mampu). Bukan juga orang yang berkumpul beramai-ramai bersama fans chelsea yang lain dan menonton perlawanan di kedai mamak, di kelab-kelab atau dimana sahaja mereka berkumpul. Cukup sekadar tengok dekat rumah dengan fayyad (fayyad pun minat bola). Cuma ada sekali tu, dalam tahun 2011, aku pergi tengok Chelsea lawan Malaysia dekat stadium Bukit Jalil.


Tidak pergi ke stadium, bukan bermakna aku tidak sokong. Tak kira menang, seri ataupun kalah, aku tetap sokong jugak. Ramai orang kata, peminat chelsea hanya muncul pada zaman era 2004 apabila Abramovich beli kelab tersebut. Apa masalahnya bila mereka baru sokong sebab sebelum itu mereka pun tiada kelab untuk disokong.Aku pula kenal chelsea pada zaman selepas Piala Dunia 1998 di Perancis. Masa tu baru tingkatan tiga. Final Perancis menang 3-0 dengan brazil.

Lepas tu la baru berjinak-jinak dengan Liga England dan aku rasa ada lagi jersey dengan sponsership Autoglass warna kuning (tak ori) dekat kampung. Masa tu aku baru nak kenal-kenal pemain chelsea macam Lebouf, Desaily, Laundrup, Babayaro,Vialli, Poyet dan ramai lagi. Zola jangan cerita la, sapa tak kenal zola, sila berhenti tengok bola. Zaman tu terry budak-budak hingusan lagi baru dapat join first team.

Salah satu game yang aku ingat masa tu bila Chelsea kalahkan Real Madrid 1-0 dalam Uefa Supercup. Tak salah aku poyet yang score. Real Madrid kira top dah masa tu. Chelsea pun bukanlah pasukan yang lemah dalam season 98-99. Dapat tempat ketiga dibelakang man Utd dan Arsenal.Man city jangan cerita la. Tak kenal pun. yang tau bila Manchester mesti manchester United. Leed United pun power gila masa tu.


************

Ok cukup pasal sejarah bagaimana aku mula menjadi peminat chelsea sehinggalah sekarang. Berbalik pada topik asal, nak cerita dalam zaman Chelsea sekarang (2014), yang di uruskan oleh Jose Mourinho. Kontroversi yang melibatkan taktikal bertahan sehingga ramai yang mempertikaikan corak permainan tersebut. Mereka gelarkan Park the Bus Tactic, Parking Bus tactic, Dirty style Tactic atau yang apa sahaja

Liverpool vs Chelsea menggunakan taktik bertahan.

Ini semua berlaku gara-gara mourinho menggunakan hampir keseluruhan pemain termasuk peneyerang duduk di kawasan chelsea, bertahan dan membuat serangan balas yang pantas dalam 2 perlawanan menentang Atletico di Stadium Vicente Caldderon dan juga Liverpool di Anfield. Dalam 2 perlawanan tersebut chelsea menang 2-0 dengan liverpool dan seri 0-0 dengan atletico. 

Statistik perlawanan menentang Liverpool dan Atletico

Selepas 2 perlawanan tersebut, peminat, pengulas bolasepak, jurulatih dan #ChelseaHaters yang mengutuk cara permainan Chelsea dan taktikal Mourinho. Kenapa pun aku tak faham. Bertahan, menyerang atau serangan balas semua adalah taktikal dalam bolasepak. Kenapa perlu dipersoalkan. Bukan dalam setiap perlawanan chelsea menggunakan cara tersebut. 

Statistik perlawanan ketika chelsea menewaskan arsenal dan liverpool di laman sendiri

Chelsea juga menyerang dan mengawal bola bila bermain di tempat sendiri. Ketika mereka menewaskan Livepool dan Arsenal di Stamford bridge, mereka juga menguasai permainan. Ketika menentang Norwich baru-baru ini, poessesion chelsea 70-30. Bekas pemain liverpool iaitu Jamie Carragher juga bersetuju dan berharap peminat tidak komplen dengan taktikal tersebut kerana liverpool menggunakan taktik yang sama. Tengok link ini

Real Madrid lebih banyak bertahan ketika bertemu bayern

Bagaimana pula dengan pasukan lain. Menggunakan taktik yang sama contohnya Real Madrid ketika bertemu Bayern, Atletico ketika bertemu Barcelona dan lain-lain pasukan lagi. Adakah Chelsea sahaja tidak boleh menggunakan  taktik bertahan sedangkan itu adalah kelebihan mereka. Ada yang mengatakan bolasepak akan tidak menarik jika semua pasukan menggunakan corak yang sama. Adakah semua pasukan mampu bertahan sama seperti Chelsea? Adakah chelsea juga tidak bolos dan kalah ketika bertahan ?  

Dah lepas 2 minggu kot tapi ada sahaja mereka yang nak cari publisiti macam jurulatih Denmark, Martin Olsen. Tengok ulasan dia dekat Mourinho Tactics are killing football. World Cup tahun ni pun dia tak boleh nak bawa Denmark ke Brazil. Tambah komen pula merapu-kerapu. Wenger juga meneruskan peperangan mental terhadap mourinho dalam komen dia I'll would never park the bus. Dah berapa lama Arsenal ketandusan piala dan tidak pernah menang dengan chelsea. Apapun itu semua adalah pandangan masing-masing. Harap season depan chelsea boleh menjulang piala. 


note : bukan senang nak puaskan hati semua orang

2 comments:

Sofea said...

Hehe chill la bro.. arsenal 8 tahun tanpa piala, terumbang ambing sana sini..still maintain untuk champions league.. at least takder la down sampai sampai xdpat top 4 terus kan.. dengan atok wenger pun nak kecik hati..

Unknown said...

mana ada kecik ati..hehe..ni sekadar pendapat dan pandangan aku sebagai fans..tak kira apa taktik yang dipakai..hehe.. :)