Thursday, June 19, 2014

Piala Dunia 2014 Brazil - Penyandang Juara Pulang Awal

Spain bukanlah pasukan pertama yang menjadi penyandang juara dan pulang awal dalam peringkat awal dan tidak dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Berikut pasukan yang pernah senasib dengan spain.

Brazil 1966


Selecao memenangi Piala Dunia mereka yang kedua pada 1962, selepas mengalahkan Czechoslovakia 3-1 dalam final, tetapi gagal melolosi peringkat kumpulan semasa saingan seterusnya di England, meskipun Pele dan Garrincha menyerlah dalam perlawanan pembukaan mereka menentang Bulgaria (2-0).
Skuad Brazil sebelum menentang portugal sebelum tewas 3-1

Pele mengalami kecederaan dalam kemenangan tersebut, dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua menentang Hungary di mana mereka tewas 3-1.

Bagaimanapun, dia kembali cergas untuk aksi penentuan menentang Portugal tetapi malangnya Garrincha pula terlepas perlawanan tersebut akibat kecederaan.

Tanpa gandingan mantap kedua-dua pemain tersebut, Brazil secara mudah diatasi Portugal 3-1 yang diketuai oleh pemain bintang mereka, Eusebio.


Perancis 2002

Setelah mengatasi Brazil dalam aksi final 1998 di depan para penyokong mereka sendiri di Paris, Perancis memulakan saingan mereka yang seterusnya dengan mengecewakan.

Senegal yang melakukan kemunculan sulung berjaya melakukan salah satu kejutan paling besar dalam sejarah perlawanan pembukaan Piala Dunia, selepas Papa Bouba Diop membantu mereka mencatat kemenangan 1-0 ke atas Les Bleus.

Dalam perlawanan Kumpulan A mereka yang kedua, Perancis gagal menembusi pertahanan Uruguay dan hanya mampu seri 0-0. Bagi mengeruhkan lagi keadaan, penyerang utama juara bertahan tersebut, Thierry Henry turut dibuang padang. 

Poulsen dan Desailly ketika france tewas 2-0

Dan Perancis menamatkan kempen Piala Dunia 2002 mereka dengan kekalahan 2-0 kepada Denmark. Kegagalan mereka untuk menjaringkan gol sepanjang saingan tersebut bermakna mereka memegang rekod untuk persembahan paling buruk oleh pasukan yang bergelar juara bertahan dalam Piala Dunia.


Itali 2010

Empat tahun selepas kemenangan dramatik mereka dalam final 2006 menentang Perancis, Itali ke Afrika Selatan dengan skuad mantap yang bertekad untuk mempertahankan gelaran mereka.

Meskipun dipilih dalam kumpulan mudah yang dihuni pasukan-pasukan seperti Paraguay, New Zealand dan Slovakia, Itali terkandas di peringkat kumpulan.

Itali tersingkir awal apabila hanya mampu seri 2 kali dan kalah sekali.

Setelah seri 1-1 menentang Paraguay dan New Zealand, mereka dikalahkan 3-2 oleh Slovakia dalam perlawanan kumpulan terakhir, sekaligus menjadi juara bertahan Piala Dunia ketiga dalam sejarah yang disingkirkan pada pusingan pertama.

Spain 2014

Empat tahun lepas di Afrika Selatan, Sepanyol muncul juara apabila menewaskan Netehrlands 1-0 hasil jaringan Iniesta. Mereka cuma kalah 1 perlawanan di perlawanan pembukaan dan menang semua sehingga akhir.

Seperti hukum karma, tahun ini spain diletakkan 1 kumpulan dengan naib juara 2010 iaitu Netherlands dan juga Chile. Chile merupakan pasukan yang pernah mereka tewaskan 2-1 di peringkat kumpulan pada tahun 2010.

Chile layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan spain

Perlawanan pertama Spain, mereka dikejutkan dengan kekalahan 5-1 walaupun mendahului di awal perlawanan. Perlawanan kedua pula menyaksikan Chile pula menewaskan mereka 2-0. Kekalahan 2 kali berturut-turut menutup  peluang mereka. Perlawanan ketiga menentan Australia 23 Jun nanti sepatutnya diberikan peluang kepada pemain muda menimba pengalaman.

Sumber : Stadium Astro

note : Bola itu bulat.Kejap kena tendang ke atas sekejap ketepi, ketengah, kedepan, kebelakang.

No comments: