Monday, June 23, 2014

Piala Dunia 2014 Brazil - Perlawanan Kedua

Pagi tadi telah berakhir perlawanan kedua bagi setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing. Malam ini pula akan bersambung perlawanan ketiga bagi setiap pasukan dan perlawanan ketiga cuma melengkapkan jadual perlawanan samada mereka telah layak ataupun tersingkir. Ada lagi kumpulan yang masih bersaing untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya


Ochoa menjadi penyelamat Mexico

Song dibuang padang ketika menentang Croatia

Kumpulan A - Brazil, Cameroon, Mexico & Croatia
Brazil dan Mexico cuma sekadar seri tanpa jaringan pada pertemuan mereka kali ini. Ini semua disebabkan ketangkasan penjaga gawang Mexico. Manakala Crotia membenam Cameroon 4-0 hasil jaringan Olic, Perisic dan 2 lagi dari Mandzukic. Cameroon telah tersingkir dari kelayakan. Crotia yang mendapat 3 mata masih berpeluang jika menang menentang Mexico di perlawanan ke tiga.

Penjaring gol pertama Netherlands

Varagas menewaskan Casillas


Kumpulan B - Australia, Chile, Netherlands & Spain 
Spain telah tersingkir awal apabila mereka kalah buat kali kedua. 2 jaringan dari pemain Chile melenyapkan harapan mereka untuk mara. Manakala Netherlands meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Australia. Chile dan Netherlands telah layak. Perlawanan ketiga antara Netherlands dan Chile bakal menentukan juara kumpulan.


Bony dan Zapata berebut bola


Japan vs Greece


Kumpulan C - Colombia, Ivory Coast, Japan & Greece
Colombia sekali lagi mencipta kemenangan apabila menewaskan Icory Coast 2-1 seterusnya menempah tiket ke peringkat seterusnya. Japan dan Grece sekadar seri tanpa jaringan dan berkongsi 1 mata. Ivory Coast perlu sekadar seri sambil mengharapkan Japn kalah.Japan dan Grece pula perlu menang untuk ke peringkat seterusnya


Suarez dan Gerrard selepas tamat perlawanan

Jaringan Ruiz menewaskan Itali

Kumpulan D - Costa Rica, England, ItaliUruguay
Kumpulan D menyaksikan 1 lagi gergasi Eropah pulang awal iaiatu England. England tewas 2-1 kepada Uruguay hasil jaringan Suarez. Costa Rica pula mengejutkan Itali apabila menewaskan mereka 1-0 dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Pertemuan ketiga Uruguay akan menentang Itali dan kedua-dua pasukan perlukan kemenangan. England sekadar melengkapkan jadual akan menentang Costa Rica.


Benzema dijatuhkan sebelum sepakan penalti

Valencia meraikan jaringan gol

Kumpulan E - France Ecuador, HondurasSwitzerland
France juga telah layak untuk ke pusingan berikutnya pabila menewaskan Switzerland 5-2 pada perlawanan kedua.Honduras pula tewas 2-1 ketika menentang Ecuador menipiskan peluang mereka. Jika mereka menang perlawanan ketiga menentang Switzerland, mereka perlu menjaringkan banyak gol sambil mengharapkan Ecuador kalah kepada France.Peluang Switzerland lebih cerah untuk ke pusingan seterusnya.


Gol tunggal messi memberi kemenangan Argentina

Muhammad besic dari Bosnia bersaing dengan Babatunde dari Nigeria

Kumpulan F - ArgentinaBosniaIran & Nigeria
Argentina tidak menghadapi masalah untuk ke peringkat seterusnya apabila menang menentang Iran 1-0. Nigeria juga berjaya menewaskan Bosnia dengan jaringan yang sama. Pada perlawanan ketiga, Nigeria perlu menewakan Argentina untuk menjamin peluang mereka. Iran pula perlu menang dengan Bosnia dengan beberapa jaringan sambil mengharapkan Argentina menewaskan Nigeria


Boateng vs boateng

Varela menjadi penyelamat Portugal apabila menjaringkan gol saat akhir

Kumpulan G - German, Ghana, USA & Portugal.
Kumpulan G adalah kumpulan maut kerana keempat-empat pasukan masih mampu layak walaupun telah tamat perlawanan kedua. Ini kerana kedua-dua perlawanan berakhir dengna keputusan seri 2-2. Perlawanan ketiga bakal menjadi penentu. Tetapi secara atas kertas, kelebihan berpihak kepada USA dan Germany kerana berkongsi 4 mata manakala Ghana dan portugal hanya mempunyai 1 mata.


Divock Origi mengesahkan tempat Belgium ke peringkat kalah mati

South Korea tewas 4-2 kepada Algeria

Kumpulan H - Algeria, Belgium,  South KoreaRussia
Seperti yang aku harapakan, Belgium telah melayakkan diri walaupun permainan mereka pagi tadi menentang Russia membosankan tetapi mereka berjaya menewaskan Russia 1-0. South korea pula tewas 4-2 kepada Algeria. Algeria, Russia dan South Korea masing-masing memerlukan kemenangan di perlawanan ketiga

Layak - Chile, Netherlands, Colombia, Costa Rica, France & Belgium
Tersingkir - Cameroon, Australia, Spain, England & Bosnia

Hijau - Layak
Kuning - Masih ada Harapan
Merah - Balik Kampung

note : Boleh tahan kejutan kali ini. Ramai kaki judi yang bunuh diri.

No comments: