Wednesday, June 18, 2014

Piala Dunia 2014 Brazil - Perlawanan Pertama

Pagi tadi telah berakhir perlawanan pertama setiap pasukan di dalam kumpulan masing-masing kecuali Brazil dan Mexico yang telah bermain dua perlawanan. Malam ini akan bersambung perlawanan kedua bagi setiap pasukan dan perlawanan kedua ini sangat penting untuk menempatkan pasukan masing-masing ke pusingan seterusnya

Gol Oscar memang power

Jaringan Peralta untuk mexico

Kumpulan A - Brazil, Cameroon, Mexico & Croatia
Perlawanan pertama untuk Piala Dunia kali ini menemukan Brazil dan  Crotia. Brazil menang 3-1 dengan 2 jaringan Neymar dan 1 Oscar manakala gol Crotia dijaringkan pemain pertahanan Brazil iaitu Marcelo.Mexico pula menang 1-0 melalu jaringan Oribe Peralta. Brazil dan Mexico beroleh 3 mata manakala dua pasukan lagi kosong.

The Flying Dutchman. Gol terbang Van Persie

Alexis Sanchez goal untuk Chile

Kumpulan B - Australia, Chile, Netherlands & Spain 
Spain dikejutkan dengan kekalahan besar 5-1 walaupun mendahului paa awal perlawanan. Gol Spain dijaringkan Xabi Alonso melalui sepakan Penalti. Van Persie dan Robben masing-masing menyumbang 2 gol dan 1 gol lagi dari pemain pertahanan Stefan de Vrij.Chile pula mengalahkan Australia 3-1 dengan jaringan dari Sanchez, Valdivia dan Aranguiz dan gol tunggal Australia macam biasa Tim Cahill la.Chile dan Netherlands beroleh 3 mata manakala dua pasukan lagi kosong.

Drogba turut meraikan jaringan kemenangan gervinho

Gutierrez gembira pabila berjaya menjaringkan gol kedua

Kumpulan C - Colombia, Ivory Coast, Japan, Greece
Ivory Coast mengalahkan Japan 2-1 walaupun Japan mendahului dengan jaringan cantik dari Honda. Tetapi selepas memasukkan Drogba, permainan Ivory Coast mula berubah dan berjaya menjaringkan gol hasil dari jaringan Wilfred bony dan Gervinho.Colombia pula mudah menundukkan Greece 3-0 jaringan dari Armero, Gutierrez dan Rodriguez. Colombia dan Ivory Coast beroleh 3 mata manakala dua pasukan lagi kosong.

Kuda tua taruhan England dan Itali

Joel Campbel gembira berjaya menyamakna kedudukan 1-1

Kumpulan D - Costa Rica, England, Itali & Uruguay
Costa Rica mudah menundukkan Uruguay 3-1 walaupun Uruguay menjaringkan gol pada separuh masa pertama melalui sepakan penalti Cavani. Costa Rica bangkit pada separuh masa kedua melalui jaringan Campbell, Duarte & Urena. Itali pula berjaya menewaskan England 2-1 walaupun England hasil jaringan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Sturridge selepas dua minit jaringan  Claudio Marchisio. Balotelli menjadi hero Itali menjaringkan gol kemenangan buat Itali. Itali dan Costa Rica beroleh 3 mata manakala dua pasukan lagi kosong.

Aksi Benzema ketika bersama France

meraikan jaringan kemenangan di saat akhir.

Kumpulan E - France Ecuador, Honduras & Switzerland
France mudah menewaskan Honduras 3-0 selepas Wilson Palacios dibuang padang selepas mengutip 2 kad kuning. 2 Jaringan Benzema dan 1 jaringan sendiri dari penjaga gawang Honduras, Valladares.  Switzerland pula berjaya mencatat kemenangan saat akhir apabila menang 2-1 menentang Ecuador. Ecuador mendahului 1-0 hasil jaringan Enner Valencia tetapi Mehmedi menyamakan kedudukan. 1-1 kekal sehingga minit 90 apabilaSeferovic mengubah kedudukan menjadi 2-1. France dan Switzerland beroleh 3 mata manakala dua pasukan lagi kosong.

jaringan Messi memberi kemenangan

Mikel dikawal pemain Iran

Kumpulan F - Argentina, Bosnia, Iran & Nigeria
Bosnia yang pertama kali beraksi di Piala Dunia berjaya mempamerkan aksi yang baik walaupun kalah 2-1 kepada Argentina. Gol sendiri dari pertahanan Sead kolasinac memberi kelebihan 1-0 kepada Argentina. Separuh masa kedua pula, Messi berjaya menambah jaringan sebelum pemain gantian Vedad Ibisevic menjaringkan gol tunggal Bosnia. Iran dan Nigeria terikat seri 0-0 apabila gagal menghasilkan sebarang gol. Argentina beroleh 3 mata, Iran dan Nigeria berkongsi 1 mata dan Bosnia kosong.

pemain hebat germany

Kapten pasukan, Dempsey menjaringkan gol.

Kumpulan G - German, Ghana, USA & Portugal.
Portugal bernasib malang apabila tewas kepada germany 4-0. Muller menjaringkan hatrick yang pertama untuk piala dunia kali ini dan 1 lagi jaringan dari Mat Hummels. Pepe juga turut dibuang padang. USA juga bernasib baik berjaya menewaskan Ghana 2-1 hasil jaringan dari Dempsey dan Brooks dan gol tunggal Ghana dari Andre Ayew. Germany dan Ghana beroleh 3 mata manakala dua pasukan lagi kosong.

Feghouli dan Hazard berebut bola.

Keun-Ho Lee menjaringkan gol untuk Korea

Kumpulan H - Algeria, Belgium,  South Korea & Russia
Kumpulan H beraksi malam tadi dan Belgium berjaya menewaskan Algeria 2-1 walaupun ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama. Gol Algeria hasil sepakan penalti Feghouli . Pemain Man Utd, Feilani yang asuk sebagai pemain gantian berjaya menyamakan kedudukan sebelum seorang lagi pemain gantian, Dries Martins menjaringkan gol kemenangan. South Korea sekadar berjaya mengikat Russia untuk seri 1-1 .Gol South Korea dijaringkan Keun-Ho Lee dan Kerzhakov menjaringkan gol Russia untuk mengikat kedudukan sehingga tamat permainan. Belgium beroleh 3 mata, Rusia dan South korea berkongsi 1 mata dan Algeria kosong.

Rekod Piala Dunia
  1. Perlawanan pertama menyumbang jumlah gol yang banyak. Semuanya 49 gol.
  2. Gol terpantas Dempsey ketika menetang Ghana dalam tempoh 30saat
  3. 6 perlawanan yang menyaksikan pasukan yang menang telah ketinggalan pada permulaan perlawanan seperti spain menentang netherlands dan brazil menetang crotia.
  4. Germany pasukan pertama yang bermain 100 perlawanan dengan rekod 61 menang, 19 seri dan 20 kalah. 210 goal dan bolos 117.
  5. Jurgen Klinsman manjadi orang pertama yang menang setiap perlawanan pembukaan sebagai pemain dan jurulatih.


note : banyak betul gol kali ni. harap germany bermain lebih baik. Malam ni game Australia vs Germany, Spain vs Chile dan Cameroon vs Crotia. Australia, Sspain, Cameroon dan Crotia perlukan kemenangan.

No comments: