Friday, July 04, 2014

JDT layak ke Liga Juara-Juara AFC


Liga Juara-Juara AFC merupakan pertandingan bola sepak antara kelab di antara juara-juara dan pemenang piala 14 liga teratas di Asia. Pertandingan ini diselia oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan ini dipertandingkan di kalanngan 32 kelab daripada 10 liga Asia teratas, dua daripadanya mesti layak menerusi playoffs. Juara akan menerima kira-kira US$2.25 juta di dalam hadiah wang (bilangan spesifik bergantung kepada rekod daripada peringkat kumpulan) dan satu tempat di dalam Kelab Piala Dunia FIFA pada akhir tahun. (Sumber wiki)


Juara Liga Super 2014 iaitu JDT layak ke slot pusingan kelayakan (play-off) Liga Juara-Juara Asia (ACL) AFC Febuari tahun depan. Tahniah sekali lagi buat pasukan JDT. Bukan nak membodek atau memuji negeri sendiri tetapi JDT kalau dekat Sepanyol dah macam Real madrid, Kalau dekat England dah macam Manchester City. Kalau dekat Jerman pulak dah macam Bayern Munich dan kalau dekat Perancis dah tentu macam PSG. Itu lah ibarat dia JDT di Malaysia kerana hampir keseluruhan pemain berbakat berada di sana. 


Tak salah aku, JDT adalah pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke pusingan kelayakan ACL. Sebelum ni tak pernah ada lagi, cuma selalu hanya layak ke AFC cup sahaja. Kalau JDT gagal ketika pusingan kelayakan ini, JDT akan mendapat tempat bermain di dalam AFC Cup. Pahang pula terpaksa melalui pusingan kelayakan di AFC Cup. Andai kata JDT menang ketika kelayakan Liga Juara-Juara, Pahang secara otomatik dapat bermain di AFC Cup dan mungkin Selangor akan dapat bermain di pusingan kelayakan AFC Cup.


Jadi, secara logik akal la kan, penyokong Pahang akan menyokong JDT untuk memudahkan laluan mereka ke AFC Cup. Begitu juga penyokong Selangor. Kalau boleh seluruh rakyat Malaysia kena sokong. Mana tahu nanti JDT dapat lawan Barcelona ke, Chelsea atau Borrusia Dortmund. Tak ke bangga rakyat Malaysia. Lepas tu Ronaldo atau Messi pun nak main dekat JDT. Itupun kalau JDT dapat jadi juara ACL 2015.

Sumber lain : The Star

note : majulah bolasepak Malaysia untuk ke Piala Dunia 3015..

3 comments:

fika79 said...

Waah..akk suka..
From:penyokong setia jdt.miahahaha

Anonymous said...

selangor pun pena maen acl laa tapi time zaman lampau laa

Unknown said...

fika79: saya pun suka..hehe

anon : yer..selangor pun main