Friday, July 11, 2014

Piala Dunia 2014 Brazil : Jerman vs Argentina

Perlawanan akhir Piala dunia 2014 yang akan berlangsung nanti menyaksikan dua pasukan dari benua yang berbeza iaitu dari Eropah (Jerman) dan dari Amerika Selatan (Argentina). Dah tentulah kelebihan berpihak kepada pasukan Argentina yang negaranya hanya bersempadan dengan negara tuan rumah, Brazil. Bermain di Brazil ibarat bermain di laman sendiri. 

Sejarah
Squad Jerman 2002 kalah peringkat akhir 2-0 kepada Brazil. Hanya Klose yang masih bermain sehingga sekarang.

Jerman adalah pemegang rekod 3 kali juara Piala Dunia. Kali Terkahir adalah di Itali apabila menewaskan Argentina 1-0. Jerman juga pasukan yang 3 kali berturut-turut melayakakan diri ke separuh akhir Piala Dunia iaitu pada tahun 2002 (Naib Juara), 2006 (Tempat ke-3) dan 2010 (Tempat ke-3). Ini adala kali ke-8 Jerman berada di pentas akhir piala dunia.

Gol Maradona 1986 

Argentina pernah menjuarai piala Dunia sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1978 di laman sendiri menewaskan Belanda 3-1 dan pada tahun 1986 di Mexico apabila berjaya menewaskan Jerman Barat 3-2. Tahun 2002, Argentina tersingkir awal ketika didalam kumpulan dan 2006 & 2010 kalah di suku akhir

Rekod Pertemuan

Ini adalah kali ke-3 Jerman bertemu Argentina di petas akhir.

1986 (Mexico) - Argentina 3-2 Jerman
1990 (Italy) - Jerman 1-0 Argentina
2014 (Brazil) - Argentina ?-? Jerman

Mereka juga pernah bertemu di suku akhir berturut-turut

2006 (Jerman) - Jerman 1(4)-(1)1 Argentina - Penalti
2010 - (Afrika Selatan) Jerman 4-0 Argentina

Rekod lengkap boleh rujuk sini : 11v11

Jerman

Bagi aku, Jerman mempunyai kelebihan kerjasama didalam 1 pasukan yang lebih baik berbanding pasukan lain. Orang putih kata teamwork. Mereka tidak mengharapkan individu tertentu untuk menang seperti Portugal (Ronaldo), Brazil (Neymar), Belgium (Hazard), Perancis (Benzema), JDT(Amri Yahaya), Kelantan(Piya) dan lain-lain individu ternama. Jerman jika kehilangan salah seorang pemain disebabkan kecederaan, akan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat tersebut. Bayangkan pasukan yang tiada kelemahan dari luar dan dalam padang. 


Jerman bermula dengan baik pada peringkat awal bila tewaskan Portugal 4-0 tapi cuma seri dengan Ghana 2-2 pada perlawanan kedua. Dalam perlawanan ketiga, Jerman hanya menang tipis 1-0 menewaskan USA dan berjaya menjadi juara kumpulan. Pusingan kedua kalah mati, Jerman menewaskan Algeria 2-1, itupun dalam masa tambahan. Suku akhir Jerman diuji sekali lagi bila perlu menentang pasukan hebat Perancis dan berjaya menang 1-0

Jerman melayakkan diri ke separuh akhir dan menewaskan tuan rumah Brazil dengan jaringan besar 7-1.

Argentina

Seperti yang aku katakan sebelum-sebelum ini, Argentina mempunyai kelebihan di bahagian serangan dengan trio Messi, Di Maria dan Aguero. Tetapi disebabkan beberapa siri kecederaan, mereka tidak dapat digandingkan bersama. Yang pasti , Di Maria tidak akan beraksi di pentas akhir setelah cedera ketika Argentina menewaskan Belgium di peringkat suku akhir. Pendapat aku, Argentina masih algi berbisa dengan adanya pemain lama Higuin dan adanya Lavezzi di bahagian serangan. Cuma yang aku lihat kebanyakan perlawanan Argentina diakhiri dengan tuah berpihak kepada mereka.



Perlawanan pertama menyaksikan mereka berhempas pulas untuk menewaskan pasukan Bosnia 2-1. Bosnia pula adalah pasukan yang pertama kali memasuki pentas Piala Dunia. Argentina hanya menang 1-0 menentang pasukan dari Asia iaitu Iran dan menewaskan Nigeria 3-2. Pusingan kedua juga mereka sukar menewaskan Switzerland dan hanya menjaringkan 1 gol di dalam masa tambahan. Suku akhir juga mereka hanya menang 1-0 menewaskan Belgium

Perlawanan separuh akhir antara Argentina dan Belanda berakhir1 tanpa sebarang gol dan Argentina menewaskan Belanda melalu sepakan penalti 4-2.

Pendapat aku
Kalau ikut prestasi semasa, Jerman akan menjuarai Piala Dunia kali ini tetapi kalau ikut tuah, mungkin juga Argentina. Kita tunggu jer la nanti

note: harap Jerman menang, Argentina kalah..hihi.

No comments: