Tuesday, July 08, 2014

Sejarah Kelab Malaysia dalam Liga Juara-Juara Asia

Komen Tanpa Nama


Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana disebabkan 1 komen anonymous yang tidak bernama ini, aku berjaya menambah ilmu tentang bola sepak Malaysia dan Asia. Jadi aku pun nak share dengan pembaca yang lain juga. Bila baca komen ini aku pun terus mencari fakta-fakta tentang sejarah Liga Juara-Juara Asia (ACL). Memang terbukti Selangor  FA pernah bermain di dalam Liga Juara Juara pada tahun 1967 dan menjadi mendapat tempat kedua.

Wira Selangor FA, Allahyarham Tan Sri Dato Abdul Ghani Minhat

Kekalahan 2-1

Tetapi pada masa itu ia tidak dipanggil Liga Juara-Juara tapi digelar Kejohanan Kelab Juara Asia atau bahasa famous Asian Champion Club Tournament. Ia adalah kejohanan pertama diadakan di peringkat Asia dan hanya di sertai oleh juara dari 6 buah negara iaiatu Malaysia, Hong Kong, Korea Selatan,ISrael, Thailand dan Vietnam. Wakil kelab dari 2 buah negara menarik diri iaitu India dan Iran. Malaysia di wakili Selangor FA menang setiap perlawanan dan bertemu Hapoel Tel Aviv yang tidak bermain sebarang perlawanan.  Selangor di kalahkan dengan jaringan 2-1 di peringkat akhir.

Edisi Liga Juara-JUara Asia

Mungkin lepas ini ada yang akan komen Perak pun pernah main la. Ya betul Perak pun pernah wakil Malaysia pada tahun 1969, 1970 Selangor dan 1971 Perak. Dan sejak 1967 semakin banyak kelab dari negara di seluruh negara di Asia menyertai Kejohanan ini termasuk Jepun, Iraq, Kuwait dan lain-lain lagi. Apabila semakin ramai negara menyertai, format perlawanan pun berubah. Nama pun berubah.Asian Champion CLub Tournament (1967-1971), Asian Club Championship (1985-2002) dan AFC Champion League (2003 - Sekarang). Tiada pertandingan diadakan dari tahun 1972 sehingga 1984 disebabkan sangat kurang minat dari kebanyakan negara Asia. 

Jadi, Selangor FA pernah bermain 2 kali dan Perak FA juga bermain 2 kali di Liga Juara-Juara Asia

Sumber : Wiki ACL dan Wiki Selangor FA

note : Kelab Selangor FA masih tercatat sebagai naib juara 1967 dalam Liga Juara-Juara.

No comments: