Monday, June 19, 2017

Iftar 2017 - Geng Kampung Baru

Image may contain: 13 people, people smiling, people sitting

Hujung minggu ni adalah minggu yang terakhir di bulan ramadhan kerana kalau ikut kalendar, ahad depan dah masuk 1 syawal. Peluang untuk berbuka bersama rakan-rakan agak terhad tetapi alhamdulillah, dengan geng-geng belajar dan 1 rumah sewa dulu masih sempat lagi. Itupun semua perancangan last minit.

Image may contain: 2 people, people sitting

Sebelum pulang ke kampung halaman, kami buat keputusan bawa keluarga untuk berkumpul berbuka bersama-sama. Lokasi di IOI City Mall Putrajaya. Hanya 4 keluarga dapat dikumpulkan tapi sangat meriah dan seronok tengok anak-anak bila masing-masing dapat jumpa dan bermain bersama.


Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting and indoor

Semoga ikatan persahabatan terus kekal dan terus selalu dapat berjumpa dan berkumpul bersama keluarga. Ok, plan next trip nak pergi mana ?

Monday, June 12, 2017

Kembali lagi

Assalamualaikum


Sudah sekian lama tidak menjenguk dan mencoret sesuatu disini. Kali terakhir bulan Oktober 2015 dan kini Jun 2017, hampir 2 tahun. Masa berlalu sangat pantas. Anak-anak semakin membesar dan Alhamdulillah kami sekeluarga sihat selalu. Masih dengan dua orang anak iaitu Umair Fayyad (empat tahun) dan Zaara Raisha (dua tahun). 


Dalam setahun kebelakangan ini, aku dah bertukar kerja dari kompeni lama dalam bidang broadcasting ke bidang yang baru untuk projek KVMRT Line 1, Sungai Buloh - Kajang. Aku duduk dalam department testing, jadi kadang-kadang ada masa free sampai tak tahu nak buat apa dan kalau sibuk sampai balik tiga empat pagi baru sampai rumah. Fayyad pun dah pandai pesan suruh papa jangan balik lambat selalu. 😂😂😂


Ok setakat ini untuk permulaan coretan yang baru di tahun ini 2017. Semoga berjumpa di lain waktu dalam masa yang terdekat. Sekian, wassalam.