Tuesday, October 20, 2015

PUSING KL NAIK BAS KLHOHO PROMOSI RM5

 KLHOHO


Sabtu lepas sebelum jerebu melanda negara buat kali kedua, sempat la aku bawa anak-anak 'pusing Kuala Lumpur' naik bas HOHO aka Hop On Hop Off. (sebenarnya tak pusing habis pun). Seminggu sebelum tu dah nampak member share promotion tiket lima ringgit kat facebook tapi buat tak tau jer. Sekali bini pulak share siap tag, secara automatik buka dan cari tarikh untuk register kat sini. Dewasa ada MyKad RM5 bawah 5 tahun percuma. Promosi tamat 30 Nov. 

Malam sabtu dah pesan kat fayyad tidur awal sebab esoknya nak pergi naik train dan bas. Pepagi lagi dia dah bangun kejut adik siap2. Lepas breakfast ala kadar, aku pun drive ke Kampung Baru parking kereta dekat LRT lepas tu naik LRT ke KLCC. Memula plan nak jalan ke MaTic (Malaysia Tourism Centre) dari KLCC sekali lalu kat HOHO stop depan KLCC dieorang kata boleh naik ikut situ.




Tunggu bas tak sampai 5 minit, bas datang, naik tunjuk kupon promosi (email yang dah di print) terus naik tingkat atas. Sekali fayyad pulak takut duduk dekat luar nak berkepit dengan papa. Kali pertama naik bas so terpaksa la duduk jer kat atas kerusi. Adik pula rilek duduk dengan mummy. 



video

Bila fayyad dah cool dan biasa sikit, aku ambil adik bawa duduk dekat luar. Memang syok duduk dekat luar bila bas gerak sebab angin tapi bila bas berhenti, berpeluh ketiak. Bila dah macam panas sangat pergi dekat belakang masuk dalam balik ambil aircond.


Fayyad pulak bila dah lama, dia makin seronok dan jadi poyo sikit. Tak bagi orang duduk sebelah dia. Dia nak duduk sorang-sorang konon dah besar sangat. Kita takut dia jatuh cium lantai. Sibuk tengok kat tingkap tunjuk macam-macam.






Bila dah sampai dekat stop yang ke berapa (boleh tengok route map dekat sini ), orang makin ramai pulak naik. Ingat planning nak habiskan pusin satu round KL (ambil masa 2 jam lebih) tapi aku dengan wife decide turun dekat kl sentral dan naik LRT balik ke kampung baru pergi cari makan sebab dah lapar. (cari alasan sebenarnya mak bapak dah pening lama tak naik bas)





Masuk kereta adik terus pengsan dulu. Kat kedai makan yang bising gila pun adik rilek jer tidur dalam pangkuan papa. Lepas makan abang pula pengsan dalam kereta. Macam la penat sangat berjalan padahal papa dengan mummy yang dukung.

note : promosi tiket rm 5 habis 30 November 2015. Cepat-cepat. Kalau tak promosi memang aku tak naik.heehe

Monday, May 18, 2015

Malang Tidak Berbau

Pagi jumaat lepas apabila bangun tidur, aku bagitahu isteri yang aku mimpi ada penyengat masuk telinga. Lepas tu aku google la sesaja nak tahu maksudnya lalu jumpa website ini. Katanya kalau ada serangga dikaitakan dengan nasib tidak baik. Tapi bukan lah aku nak percaya pun. Sekadar suka-suka tengok maksud dan tafsir mimpi. Aku pun bagitahu isteri dan isteri pun gelak jer.

Tapi malang memang tak berbau. Balik kerja aku terus ke Taska nak ambil anak-anak bawa balik. Sampai sana cikgu kata fayyad jatuh masa main. Tengok ada plaster dekat dahi. Cikgu cakap koyak sikit. Masa aku buka plaster nak tengok nampak macam dalam. Cikgu pun suruh bawa pergi klinik. Fayyad memang cool dan kuat. Tak nangis pun cikgu kata. Nangis sikit jer time cuci luka.


Balik rumah ambil isteri terus bawa pergi klinik tapi kena tunggu lepas maghrib sebab doktor tak ada. Risau juga kena jahit. Lepas check dengan doktor, tak perlu jahit sebab luka tak dalam sangat. Pergi cuci luka je. Alhamdulillah. Lagipun tak boleh nak kata apa, tengah melasak sekarang anak bujang ni panjat sana sini.

Ceritanya, cikgu kata fayyad tiru aksi abang-abang kat sana main gelongsor. Orang main gelongsor turun kaki dulu, dieorang turun kepala dulu. Macam ala-ala stunt la konon. Yang si abang-abang ni pulak dah besar bila sampai bawah tahu nak tahan pakai tangan. Fayyad ni boleh pula tahan pakai kepala. Berparut la kepala anak aku. Adeh.

note : takpe la nak, jangan patah riyuk sudah la..