Hujung minggu ni adalah minggu yang terakhir di bulan ramadhan kerana kalau ikut kalendar, ahad depan dah masuk 1 syawal. Peluang untuk berbuka bersama rakan-rakan agak terhad tetapi alhamdulillah, dengan geng-geng belajar dan 1 rumah sewa dulu masih sempat lagi. Itupun semua perancangan last minit.
Sebelum pulang ke kampung halaman, kami buat keputusan bawa keluarga untuk berkumpul berbuka bersama-sama. Lokasi di IOI City Mall Putrajaya. Hanya 4 keluarga dapat dikumpulkan tapi sangat meriah dan seronok tengok anak-anak bila masing-masing dapat jumpa dan bermain bersama.
Semoga ikatan persahabatan terus kekal dan terus selalu dapat berjumpa dan berkumpul bersama keluarga. Ok, plan next trip nak pergi mana ?
No comments:
Post a Comment