Wednesday, February 17, 2010

Tips Mengantuk Kat Opis

Gua tak tau tips nih boleh gune ke tak..lu orang try tengok macam mane...gua da try..mmg ade yg x kene dgn gua la..bagi gua..tidor la ubat paling mujarab..
  1. Mesti bersarapan walaupun tidak lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik Universiti Cardiff, UK mendapati hidangan bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan. (Gua brekfast tiap2 hari pun..same jer tertekan jugak)
  2. Makan setiap 3 hingga 4 jam dalam kuantiti kecil. Makan secara teratur 3 kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan cepat letih. (err..err..gua slalu makan sekali banyak..malas nak ulang2 makan)
  3. Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat. (mesti la..hari2 gua minum air kat opis sebab free)
  4. Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik yang membuatkan kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. (Kopi O best..feveret gua)
  5. Segarkan semangat dan pilih untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat rasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara. Badan bertindak balas terhadap perasaan yang dipilih. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah boleh membuatkan kita berasa lebih segar seperti membasuh muka. (Ok2 gua pegi basuh)
  6. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.(haish..ni susah skit..otomatik mengeluh...)
  7. Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita. (pemaaf..hmm...ok la kot)
  8. Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih. (memang jadik..hilang ngantuk tapi kejap jer..)
  9. Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita. (ehe..senyum sorang2..gler ker aper)
  10. Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan lebih sukar tidur dan berehat.(camne gua nak tengok berita jam 8 nih)
  11. Belajar menangani tekanan dan usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang dipercayai. Jika sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah itu di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan. (kalo ade masalah...gua curah dalam jamban jer..)
  12. Dapat rehat secukupnya. Pastikan mendapat cukup tidur. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.(tidor gua tak menentu)
  13. Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat rasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam. (senam atas katil la..hehe)
baik punyer cover line...huhu

note : patut ke gua bawak bantal skali pegi opis..??

3 comments:

TashadeNatasha said...

good tips!

otteck45 said...

kalau mengantuk xyah p keja. amik EL ja..xpun MC.. :)

Muhammad Fadhli said...

tasha : thanks

otteck45 : er..er..boleh ker..hehe