Friday, July 09, 2010

Continue Next Month

Sebulan sekali update blog, not bad la.Cuba kalau gua update setahun sekali, sedekad sekali. konfem gua punye google akaun dah kene delete. umur pun tak tahu panjang mane lagi. Sampai bile nak update blog.

Gua pernah simpan azam nak jadi macam ed.1 hari post 1 entri.Time world cup ni memang die buat betul. Kadang2 1 hari berentri-entri di update kat blog. Tak larat + takde mase nak baca semua coz keje gua bukan hari2 mengadap monitor. Setakat layan facebook gitu-gitu jer.

pernah jugak terfikir, ape guna ade blog tapi bersawang . Kadang-kadang rase macam nak delete account. tapi banyak perkara yang dah lepas gua simpan dalam blog. kalo facebook@friendster. nak delete account boleh kire lagi tapi blog ni da bertahan dekat 4-5 tahun. susah senang kehidupan ada dalam blog ni. takkan gua nak delete.

bagi gua mase sikit. sekarang masa betul2 mencemburui gua untuk update blog. dengan opis gua yang tengah migration lagi. Di tambah dengan kehidupan weekend kota metropolitan yang dipenuhi aktiviti-aktiviti sosial jika tidak bekerja (selalunya kerja). Mana ade mase.

Jumpa next entri. Kemungkinan besar bulan depan gua update. Gua pun tak tahu. Suruh la Paul si Sotong Kurita ramal bila gua akan update next entri.

Ini yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan Paul membuatkan Die Nationalmannschaft morale down, seluruh germany berpesta sotong kering.

note : Gua tetap sapot germany, Deutsch ist die beste. Es lebe Hitler..hehe

No comments: