Sunday, November 28, 2010

Rasuah

Pagi tadi on the way balik ke rumah, mama call masa tengah drive dekat jalan Ampang. Ape punya malang, aku boleh kene tahan dengan seorang polis trafik. Polis Trafik atau ANUAR (nama sebenar) suruh berhenti tepi, dia keluarkan buku saman dan mintak lesen.

" Awak ni pagi-pagi dah menyusahkan saya. Lain kali drive pakai handsfree" polis trafik berleter .

Aku senyap jer. Nak buat mcm mane lagi. Mintak maaf dan janji tak buat lagi jer yang boleh. Ini kali pertama aku kene tahan. Bukan selalu pun tapi kalo drive sambil cakap telefon tu ade jugak la sekali sekala.

" Awak kerja dekat mane?" Tanya polis tersebut. Aku pun keluar bisnes kad dan masih mintak tolong dia supaya jangan saman aku. Last-last dia bersuara jugak. Aku dah tahu ape yang dia nak.

"Sekarang nak setel macam mana? boleh belanja aku minum pagi?" sambil buat-buat tulis saman, polis tu tanya dekat aku.

Aku bukak wallet dan tunjuk kat dia ade RM10 jer. Dia kata boleh. Hmmm. Terjebak aku hari nih dalam merasuah polis trafik. Damn. Die suruh aku ambil duit Rm10 dan letak atas kertas saman dia. Die pulang lesen dan blah.

note : ini baru rasuah peringkat bawahan, RM 10 pun ok. Belum orang atasan lagi, tak tahu la bape juta.


4 comments:

Saed Ramadhan said...

adus bum, ko nie terjebak ar, dulu aku pun kena saman ghak pasal cakap phone masa driving, tapi aku tak kasi rasuah dan polis tu pun tak minta rasuah. fair and square.

kalau ko belanja dia makan roti canai 2 keping ngan teh tarik kat kampung baru pun dah cukup save.. tak sampai 10 hinggit.

Muhammad Fadhli said...

nak wat cmne ed...dari bagi kerajaan 300, baik bagi sedekah RM10 kat polis tu..

shukrin farahdiba @ ceklala said...

lain kali jgn bg...next time jmp lg polis yg mcm ni amik no kt baju die n nama die then bg kt i..dulu penah kene gak die tanye cane nk settle ni so i ckp jela nak saman tu saman je..sbnrnye mmg tau die xde hak nak saman...then die lepas je mcm tu..kene berani skitla...pls jgn sesekali bg rasuah pd polis k :)

Muhammad Fadhli said...

ok cek lala...nanti tak buat dah..hehe