Saturday, July 09, 2011

Dia dah start dah..

AWAS - padamkan apa sahaja yang berkaitan dengan BERSIH 2.0 di dalam handphone canggih anda jika mahu selamat.

Aisehhmen, dah start tadi bai. Gua dengar nak start buat after midnight. Tapi awal betul dieorang buat roadblock. Gua balik kerja pukul 9.30 tadi dah terpacak masing-masing atas jalan. Nak claim overtime lebih la ni. Bukan gua tak tahu. Selamat bekerja Encik-encik semua. jaga betul-betul, jangan tidur pulak. Nak tidur, hari ahad boleh tidur. Kalo tak larat Isnin ni ambil MC jer la yer.

Yang masih gua tak faham, jalanraya area KLCC hari ni lengang. Semua orang pakat lari balik awal kot. Harap-harap esok semua berjalan lancar. Gua keluar kerja cari makan jer.

note : tak pasal-pasal kene angkut semua kayu besbol, kayu hoki, kerambit, parang, pistol, senapang dgn bom keluar dari kereta. baru nak pergi berperang

2 comments:

Sofea said...

parang dalam kete lu kena bawa kuar..

Unknown said...

gua punye parang, parang terbang....