Wednesday, July 06, 2011

Kempen Derma Darah

Aku tak nak la cakap banyak-banyak. Mari kita sama-sama menderma darah. banyak manfaat yang akan kita dapat bila kita menderma. Tak kira la di dunia mahupun di akhirat. Yang penting penuh keikhlasan. Banyak nyawa boleh diselamatkan. Anda mampu mengubahnya. Hehe


Saya Sudah. Anda ?


Faedahnya apabila menderma darah ialah ia boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru dan secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

Kepentingan menderma darah. Darah yang didermakan boleh menyelamatkan nyawa insan terutamanya :

  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

note : tak sakit. macam kene gigit semut jer..

No comments: