Monday, August 08, 2011

Bekerja Kembali

Terima kasih Sani Ekspress
Alhamdulillah selamat sampai Kuala Lumpur pagi tadi. Cuma sempat bersahur dengan isteri didalam bas. Mujur la ibu mertua siap sediakan bekal sebelum bertolak semalam. Sepanjang perjalanan aku tidur selepas makan ubat muntah. Sedar-sedar isteri kejut untuk bersahur dalam pukul 5pagi. Aku terpaksa telan ubat muntah sebab masa balik ke kampung jumaat lepas, kepala aku jadi pening dan rasa nak muntah.

Dah lama tak naik bas agak nya. Lagipun naik bas 2 tingkat duduk bawah. Selalu naik bas 1 tingkat ok jer. Yang aku tahu aku akan pening kalau naik kereta duduk belakang. Kalau naik kereta tak aku yang drive, at least aku kene duduk depan. Kalau tak memang sekejap jer pengsan. balik kampung isteri makan macam-macam dari ikan bakar, daging bakar, ayam golek dan macam-macam lagi. Setiap kali berbuka memang meriah sebab semua adik beradik isteri balik jugak.


By the way, memang stail la Felda D'saji promote guna video untuk buffet Ramadhan ni. Rasa macam teruja nak pergi. InsyaAllah ade rezki nak bawak isteri pergi berbuka. Buat masa sekarang ni lebih senang berbuka di rumah sebab isteri rajin nak memasak. Nak makan kat luar kena tunggu time die malas dulu ataupun dia kerja petang dan tak sempat nak memasak. hehe.
Kelebihan solat Terawih malam ini (malam yang sembilan) ;Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
note : badan rasa macam nak demam..seram sejuk pulak sebab cuaca yang tak menentu nih. Kekurangan air dalam badan juga boleh jadi penyebab.

No comments: