Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda

Masih belum terlewat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada skuad Harimau Muda kerana berjaya mengalahkan pasukan Indonesia pada perlawanan akhir semalam. Semoga kemenangan ini tidak akan membuatkan pasukan negara kita lena dibuai mimpi dan mereka harus meletakkan satu target untuk terus mara ke Piala Dunia di masa akan datang.

Sangat mengharapkan Malaysia boleh menang ketika menentang Syria esok di Bukit Jalil dalam perlawanan kelayakan Olimpik London 2012. Kali terakhir pasukan Malaysia ke sukan olimpik ialah pada tahun 1972 di Munich. Ketika itu, Malaysia kalah di peringkat kumpulan kerana hanya menang 1 perlawanan ke atas Amerika Syarikat dengan jaringan 3-0 dan kalah kepada Jerman Barat 3-0 dan Morocco 6-0.
(Rujukan Wikipedia)

Pemain harimau Muda meraikan kemenangan

Apex (KFCM) dan rakan-rakan
OKS dan para pemain disambut rakyat Malaysia sebaik tiba di Malaysia

Ini rating yang aku boleh bagi untuk pemain skuad Harimau Muda pada penilaian aku sendiri sebagai penonton dan peminat bolasepak Malaysia.

Pemain-pemain pada Final Sukan Sea 2011

Khairul Fahmi Che Mat (9)
Mahali Jasuli (7)
Muhammad Zubir Mohd Azmi (6.5)
Mohammad Fadhli Mohd Shas (8)
Mohammad Muslim Ahmad. (7.5)
Mohd Asraruddin Putra Omar (8.5)
Mohd Irfan Bin Fazail (7) - Mohamad Fandi Othman (6)
Baddrol Bakhtiar (9)
Gurusamy Govandar Kandasamy (6) - Mohammad Nazmi Faiz Mansor (6.5)
Thamil Arasu A/L Ambumamee (6.5) - Yong Kuan Yong (6)
Ahmad Fakri Saarani (3.5)

Pemain Simpanan + Injured

Mohd Izham Tarmizi Roslan
Izzaq Farris Ramlan
Syahrul Azwari Ibrahim.
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria
Muhammad Amer Saidin
Abdul Shukor Jusoh

note : Kepada Fakri, kau boleh buat lebih baik dari malam tadi. Tolong jangan jadi bengap sangat dan sila konsisten dengan prestasi yang terbaik. Bukan konsisten dengan prestasi yang buruk.

No comments: