Thursday, January 05, 2012

Azam 2012

Dah lepas 4 hari dari tahun baru 2012 . Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi Allah ini. Jadi apa azam tahun baru 2012 ? Macam mana dengan azam tahun lepas? Aku ada 1 jer azam tahun lepas iaitu nak kahwin. Tak caya ker ? Boleh rujuk sini.

Alhamdulillah tercapai hajat nak kahwin bulan june 2011 yang lepas. Sepanjang awal tahun sampai la ke tarikh kahwin sibuk buat persediaan. Lepas kahwin sibuk pula cari duit sebab dah ada tangungjawab. Dulu kalau takde duit takpe. Sorang-sorang makan megi atau tak makan. Sekarang mana boleh lagi.

Pejam celik pejam celik dah setahun berlalu dan sekarang masuk tahun baru pulak. Macam tak percaya. Tidor tahun 2011 bangun-bangun tahun 2012.

Seronok nya kalau dapat tidur dan tak perlu fikir apa2

Azam tahun ni ada banyak sangat setelah difikirkan masak-masak sampai nak hangus. Paling best sekali, aku bahagikan kepada beberapa kategori (aku la rasa best, kalo korang rasa tak best, cuba la jugak rasa best).

Kategori blogging & rangkaian sosial (Social Networking)
  • Nak update blog ni 'at least' 1 post in 1 week. At least means, paling kurang 1 post, kalau lebih pun takpe.
  • Nak cuba commit dengan 2 lagi blog fadhliabas & Iphone kalau ada masa. Both blog ni suka-suka upload gambar tapi internet slow macam siput, lagi suka upload gambar dekat facebook.
  • Rajin-rajin update twitter. Nak follow pun boleh '@fadhliabas'. Tak follow pun takpe, aku bukan famous nak kene follow
  • Macam facebook,linkedin atau ntahapehape lagi yang aku join. Nak kene update selalu jugak (tak janji)
Bukan senang nak update blog hari-hari.
Kategori Kerjaya
  • Terus sambung misi mencari kerja sampai jumpa yang sesuai dengan jiwa.
  • Update resume, jobstreet dan pastikan diri bersedia untuk di temuduga bila-bila
Kategori Skill
  • belajar linux dengan lebih mendalam kalau boleh sampai ke akar umbi (kernel).
  • belajar asterisk jugak untuk bina sebuah VOIP server yang stabil (dah install 1 dekat rumah)
  • rajinkan diri mencari (buat research) jika tak tahu sesuatu. (tanya pakcik google)
  • belajar english dengan google translator (ini tipu)
free..free...sape nak bayar lisen?

Kategori Peribadi (personal)
  • Lebih mendekatkan diri dengan tuhan (Allah SWT)
  • baca AlQuran at least sekali sehari
  • Menjadi anak yang soleh dan mentaati ibu bapa termasuk mertua.
  • Menjadi seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarga
  • cuba mengawal diri dan hati dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik melalui perbuatan,perkataan atau berprasangka buruk
  • Mengurangkan berat badan dengan mengamalkan cara hidup sihat (yang ni kene tengok kalau rajin exercise)
Ok dah rasanya. Cukup banyak untuk dilaksanakan tapi boleh cuba. Ini azam (realiti) dan bukan angan-angan (fantasi). Kalo berangan nak kaya dalam tahun 2012 ni, susah nak cakap tapi mana tahu kuasa Allah, tak ada siapa boleh halang.
note : berdoa semoga semua azam tahun ni tercapai, InsyaAllah. Amin

2 comments: