Monday, January 16, 2012

Jalan-Jalan Ahad.

POTONG RAMBUT..antara perkara yang aku malas nak buat. Macam leceh rasanya pergi gunting rambut ni, nak kene bayar pulak tu. Nasib baik potong kuku boleh buat sendiri. Nak buat macam mana, wife kata tengok macam orang tak terurus jer. Lagi-lagi bangun tidur time pagi masa rambut tengah kering. Dah macam kepala singa mengerbang rambut.

Sebelum cuci & gunting

Nak tak nak, pergi la jugak hari ni kat kedai gunting rambut Derrick & Team, Ampang. Memang selalu jugak gunting situ. Agak selesa. Dah alang-alang gunting rambut, terus cuci sekali siap cuci RM24. Lagipun situ dekat dengan nasi ayam hainan yang wife suka makan. Boleh terus lunch sekali.

Lepas gunting yang macam tak gunting

Lepas lunch terus gerak ke KLCC dan tebus voucher tiket wayang yang aku dapat dari nuffnang sempena hari jadi aku awal november tahun lepas. Lagipun voucher tu expired hari ni. Lepas berdiskusi dengan wife nak pilih cerita apa, sepakat nak tengok....


Misi Mustahil 4

Seronok jugak la tengok cerita ni sebab tak boring dan terlalu serius. Ada kelakar, ada sedih, ada terkejut dan ada, macam-macam ada. Not bad la, sebab dapat tiket free kan. Then after wayang terus tapau subway dan gerak ke time square. Wife nak beli barang sikit. Biasa la perempuan suka shopping2 walaupun tak banyak. Hehe

note : sekarang masa untuk tidur..esok flight pagi...kena bangun pagi..nanti sambung.

No comments: