Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan aku dan isteri seorang bayi lelaki yang comel, sihat dan cukup sifat. Bayi lelaki itu, kami namakan Muhammad Umair Fayyad. Umair adalah salah seorang sahabat Rasulullah dan bermaksud maju manakala Fayyad bermaksud murah hati.
Isteri bersalin secara normal pada pagi jumaat 8/3/2013 lebih kurang pukul 2.15 pagi di Hospital Ampang. Berat Fayyad semasa dilahirkan 3.57 kilogram. Isteri seorang yang sangat tabah dan kuat kerana tidak menangis atau meraung menjerit sampaikan nurse dekat situ memuji isteri aku. Mereka kata kalau orang lain first time mesti dah melalak sebab keadaan bayi yang besar.
Isnin lepas Fayyad ada sedikit kuning tapi dah semakin berkurangan. Sekarang isteri dan Fayyad ada dikampungku di Segamat dan di jaga mamaku. Aku pulak ada dekat KL seorang diri...Waaa...rindu dekat isteri dan Fayyad walaupun baru sehari tak jumpa..tak sabar nak tunggu weekend ni..
hari pertama di hospital..time ni belum ada nama dan muka sebiji isteriku
hari pertama selepas pulang dari hospital
tidur dipangkuanku di hari ke-8
hari ke 10 iaitu hari ini dari insta isteriku.
tidur bersama Fayyad sebelum balik KL...Papa miss u so much
tidur pun senyum..comel nya anak papa & mami ni..
kalau sapa-sapa yang ada instagram dan nak tengok lebih banyak gambar fayyad boleh tengok #umairfayyad
note : cepat la weekend..lambat betu masa berlalu..
1 comment:
Ko pun jd mcm rizal..
Post a Comment