Kajian pakar-pakar mengenai
Gajet terhadap anak-anak ::
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak
adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui
doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke
sekolah.
Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah
Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga
sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai
perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang
diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan
Gajet untuk anak-anak.Lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada
yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk
anak-anak.
Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara
anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori
(mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah
hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di
bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan
lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia
sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet
secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah
termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill
motor mereka.
Sumber : Klinik Keluarga
kartun kegemaran fayyad
note : fayyad takde ipad/tab lagi..tapi nampak macam seronok gila tengok kartun Mickey Mouse Club House dekat Astro Disney Junior 613
No comments:
Post a Comment