Tuesday, May 06, 2014

Cerita Gambang bukan Gampang

Bulan lepas, kami sekeluarga join kawan-kawan yang sama belajar dulu bawa anak masing-masing jalan-jalan dan bercuti dekat BGR..bukan burger tapi Bukit Gambang Resort. Konvoi la 4 buah kereta dari Kuala Lumpur menuju ke Gambang melalui LPT..bukan lepat tapi Lebuhraya Pantai Timur. Cerita konvoi, perjalanan dan tempat tinggal, harga bilik atau segala mala informasi boleh la follow blogger Alkisah Ed dalam edisi Bukit Gambang Water & Safari Park.

muka ketakutan

naaila paling happy

Ini kali pertama fayyad main air. Sebelum ni main air dalam bilik air jer. Itupun tak lama sebab mummy dia kata dia ada asthma tak boleh berendam lama. Jadi bila pergi tempat ada air ni, dia jadi takut air. Anak-anak kawan yang lain selamba seronok main air sebab dieorang dah biasa swimming.


beramai-ramai

berendam


Papa, Mummy & Fayyad

Malam pula selepas maghrib, kami bergerak ke Tanjung Lumpur untuk menikmati hidangan makan malam. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Badan letih lagi main air. Fayyad yang paling letih. Dalam kereta tidur, kat kedai makan tidur..letih sangat-sangat la tu. tapi semua anak-anak pun letih. Mak ayah masing-masing jer kebulur lapar.


Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur

Dekat sana, kitaorang pilih Ana Ikan Bakar Petai. Dah ramai sangat rekemen tempat tu sedap. Tapi memang sedap pun. dah la ramai gila orang. Nak cari tempat pun susah. Kiteorang naik tingkat 1 dan duduk makan bersila. Paling aku ingat time order sayur kailan ikan masin, Syiman boleh mintak buat untuk 10 orang makan. Itu emmang kelakar. Sorang 1 pinggan kot. Last-last kailan tah kemana, ikan masin pun tak datang-datang. Makan jer la apa yang ada. Gambar makanan tak sempat snap bebanyak sebab batri phone masing-masing dah kong.

Sotong goreng tepung terbaik..tak cukup


masing-masing yang kebulur.


Keesokannya pergi safari. Naik bus ala-ala macam taman jurassic park..selamba lalu sebelah rimau. Rimau pun buat tak tau jer. Fayyad memang happy gila kot sebab first time tengok binatang pelik-pelik.Selalu tengok kucing, semut, cicak. Planning dengan wife nak bawa fayyad pergi zoo pulak nanti.


Fayyad, Papa dan Unta..Mummy tolong ambil gambar.

teruja..macam nak keluar dari tingkap

ready nak masuk dunia binatang buas

bergambar sebelum balik KL

Credit gambar untuk Baim Ghaffar & Alkisah Ed

note : hope boleh dapat keluar macam ni lagi next time

2 comments:

Unknown said...

arghh..muke kebulur ku...

iagkisahku.blogspot.com said...

Salah eja nama tu.. patutnya baim ghafar. Single 'f'. Apa2 harap dpt bercuti ramai2 camni lg.