Thursday, July 03, 2014

Piala Dunia Brazil 2014 - Suku Akhir


Pusingan kedua piala dunia agak sengit dan mendebarkan apabila 2 perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti dan 3 perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Hanya 3 lagi perlawanan berjaya ditamatkan dalam masa 90 minit.

Sekarang sudah masuk ke pusingan suku akhir dan hanya 8 pasukan yang masih kekal. 4 pasukan tersebut dari benua Eropah iaitu Belgium, Germany. France dan Netherlands. Manakala 4 lagi pasukan dari benua Amerika. 3 buah dari Amerika Selatan termasuk tuan rumah Brazil, Argentina dan Colombia. Wakil tunggal Amerika tengah pula ialah Costa Rica.

5 Julai ini, akan bermula pusingan suku akhir antara Brazil menetang Colombia dan France akan bertemu Germany. Pasukan yang menang akan berjumpa di separuh akhir pada 9 julai nanti. Pada 6 Julai, Netherlands akan menentang Costa Rica dan Argentina bertemu Belgium. Yang menang akan bertemu pada 10 julai.


Kalau kita lihat semula kelapan-lapan pasukan yang layak ke suku akhir ini, kesemuanya adalah juara kumpulan masing-masing ketika perlawanan di dalam kumpulan sebelum ini. Bermakna kesemuanya tidak pernah kalah di dalam setiap perlawanan. Hanya Brazil, France, Germany dan Costa Rica pernah seri sekali ketika didalama kumpulan.

Dari lima buah negara yang aku ramalkan akan menjadi juara sebelum ini dalam post Piala Dunia Brazil 2014 - Siapa Juara ?, masih lagi tinggal 4 pasukan iaitu tuan rumah Brazil, Germany, Argentina dan Belgium. Spain bungkus awal. Brazil dan germany akan bertemu di separuh akhir jika menang di suku akhir. Argentina dan Belgium, salah satu pasukan sudah pasti ke separuh akhir kerana bertemu awal di suku akhir.

note : siapa tahu Costa Rica bertemu Colombia di perlawanan akhir nanti

4 comments:

Al Kisah said...

mungkin CR vs Col

Muhammad Fadhli Abas said...

Colombia boleh menang dengan Brazil..Kalau Costa Rica menang dengan netherlands memang gilalah (kata stacy)

Ismail N said...

Costa Rica vs Colombian final? wow dah mcm fairy tale story tu. :D

Muhammad Fadhli Abas said...

memang fairy tale..dalam bolasepak..apa pun boleh jadi..tengok spain dah tahu..hehe