Monday, February 02, 2015

Bayi Perempuan Kami

Sempat selfie sebelum masuk labor room

Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak perempuan yang cukup sifat seberat 3.38kg di Hospital Ampang pada pukul 5.45 petang Jumaat lepas (30 Januari 2015). Memang mendebarkan kali ini sebab kami tidak tahu jantina bayi tak macam abang fayyad dulu. Abang fayyad masa 3 bulan dalam kandungan dah tahu lelaki. Kali ini bila bayi keluar, akulah orang pertama yang nampak dan tahu jantinanya.

Sepanjang mengandung, kami dah pergi berbagai klinik tak kira swasta atau kerajaan, percuma atau berbayar untuk scan jantina tapi semua doktor tak boleh nak confirmkan. Doktor yang sama pun mula-mula scan kata perempuan, bila datang balik kata macam lelaki. Jadi, kami berserah kepada Allah. Tak kira lelaki atau perempuan, kami terima. Yang penting bagi kami biarlah sihat.

Bayi perempuan kami, adik abang fayyad

note : Alhamdulillah dah sepasang anak kami lelaki dan perempuan. Semoga membesar dengan sihat dan ceria-ceria yer adik

No comments: