Thursday, August 12, 2010

Sumpahan Voip

Semalam, hari first puasa bagi umat Islam di Malaysia. Gua seperti biase mesti penuh semangat. datang kerja pun awal. Sepanjang 2 tahun gua kerja, ini la kali pertama gua sign in 7.45 pagi. bonus 2 bulan gaji da konpem. Increment lagi tak kira. Semuanya angan-angan belaka.

Ku sangka panas berpanjangan, rupanya sejuk giler aircond di opis ni. Gua mula tak sedap badan. gua rasa nak demam. gua bertahan seboleh mungkin tapi sakit kepala berdenyut-denyut mencengkam seluruh urat saraf otak. Mengikut apa yang senior gua katakan, gua terkena sumpahan voip iaitu migrain.

balik rumah dalam pukul 4 gua pengsan seorang diri. pukul 7 bangun untuk berbuka. gua mampu minum air dan kurma. selainnya gua muntah. Mak gua call dari kampung suruh pergi klinik. Memandangkan gua ni anak yang baik dan dengar kata gua paksa berjalan ke klinik. Ambil ubat, makan ubat dan terus tidur.

Inilah kisah puasa pertama gua tahun ni.

note : masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.

No comments: