Thursday, December 23, 2010

Pagi yang Hening, Dah Nak Subuh Siri Ke 3

4.05 am

Baru melabuhkan 'bontot' di atas kerusi di hadapan komputer melayari mukabuku, blog, laman berita dan segala macam laman sesawang yang lain. Boleh kata kerja aku sekarang (migration adik beradik migrain) terpaksa berpisah dengan dunia internet buat sementara. Pagi2 macam ni baru la boleh melayari segala yang aku dah termiss.

Paling buat aku happy, connection fibre dari site ke office baru dah jalan. Internet ade, phone ade, fax machine ade, printer ade dan macam2 lagi ada bila sudah ada connection. Esok dah jumaat, Bos aku cuti, manager aku pun cuti. Semua celebrate Krismas. Aku ? ? ? Kerja macam biasa.

Err. . . Entri kali ini perlu di pendekkan. Kejap lagi 7.30am dah kene keluar rumah sebelum jalan jem dengan kenderaan yang bersimpang siur macam lipas takde bulu hidung. Di mana agak nya abang2 dan akak2 polisi bila korang semua diperlukan menjaga lalulintas. Pasti sedang enak berbual2 kosong sebab bukan korang yang duduk dalam jam. Damn lagi...

Selamat malam. . .Actually. . MORNING. . . ! ! !


note : datang awal ke office dan sambung tido kat sane.

No comments: