Thursday, December 09, 2010

Saman 50%

Hari ini aku off tapi gaji jalan seperti biasa. Baik kan kompeni aku ni. Tapi harus diingat, perlu berjaga-jaga jugak. Baik ada makna tu. Die suruh rehat dulu minggu ni sebab minggu depan tak ade waktu rehat dah.

Rehat punya rehat pun, kene keluar sebab abah mintak tolong bayar saman kereta. Sekarang kan polis tengah promosi harga saman potongan sampai 50%. Hebat betul. Macam Jualan Akhir Tahun pulak. Dengar berita, polis dah dapat kutip RM 6 juta semalam. Biasa la nak pilihanraya. Mula la buat baik pada rakyat jelata. Ni yang dinamakan pancing undi.

Aku sampai cawangan trafik ampang dalam pukul 3. Memang berduyun orang beratur. Aku berkira-kira nak patah balik sambung tidur dekat rumah. Tapi sebab memang dah tak ada hari lain yang free, selamba la duduk tunggu. Ade sorang brader baik hati bagi aku no giliran. die pun malas dah nak tunggu.

No bertuah kat kertas tu 1316. No kat papan 1156. Damn. Berapa lame lagi mau tunggu. Patut brader tu blah. Brader tu sempat cerita, time pagi die datang, ingat ade orang tengah buat konsert. Punya la ramai makhluk nak bayar saman tak kira bangsa. Ini baru 1 Malaysia. Nak di pendekkan cerita, dalam pukul 5 stgh, berjaya jugak aku membayar saman. Setelah ditolak diskaun, kopak RM 500.

7864 = RM 200.
1679 = RM300.

Saman setelah diberi potongan


note : wahai perampok-perampok sekelian, pergi serang balai polis. Tak payah pergi bank atau kedai emas lagi.

4 comments:

.pelangi. said...

lepas ni xpelik la semua perompak gile duitan kena tangkap senang2 :D

Muhammad Fadhli said...

hehe...kene tangkap takpe gak..kot2 kene tembak mati..hehe

Ai Yu said...

blh ler g byr saman nie....murah dh~

Muhammad Fadhli said...

ai yu..boleh..cepat2...