Tuesday, June 21, 2011

Selamat Pagi Dunia

Selamat pagi dunia konon. Kat amerika tu tengah lunch, silap-silap tengah minum petang sambil pekene cekodok pisang. Korang mana tahu.

Pejam celik pejam celik, jumpa lagi kita ya. Akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog ni lagi. Cuba bayangkan berapa lama aku tak jenguk langsung. Dekat setengah tahun kot sampai aku pun lupa password tadi. Biasa la semakin hari semakin tua dan lupa. Tun Mahathir pun kata MELAYU mudah lupa.


Diam tak diam status aku berubah dari Single to Married. Dulu seorang kini berdua. Aku menikah 4 june lepas dan kini dah lebih 2 minggu berumah tangga walaupun selalunya guna lift jer. Malas nak guna tangga. Ini pun ada kaitan kenapa aku lama tak duduk dalam dunia blogger.

Pertama sebab masa banyak diluangkan di dunia realiti dari dunia maya. Bukan maksud berkepit sepanjang hari dengan kekasih tetapi masa banyak diluangkan untuk bekerja membanting tulang mencari ongkos nak kahwin. Kahwin sekarang bukan main ratus-ratus atau ribu-ribu tapi puluhan ribu. Kalo artis atau orang berada, konfem ratusan ribu kot. Semua habis dalam masa sehari tapi syukur Alhmadulillah. Ini yang dinamakan jodoh.

Sebab kedua berhenti berblogging, biasa la kadang-kadang bila menulis terlalu mengikut perasaan dan mencarut carut didalam penulisan. Aku cuba jauhkan diri sebentar takut nanti terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa tapi kalau terlajak menaip, kan boleh di edit. Apa guna edit posts tapi macam tak gentle langsung nak edit-edit balik. Dah taip tu biar je lah kan.

Akhir sekali, Selamat Pengantin Baru kepada diri sendiri dan pasangan (masih baru, inai tak hilang lagi.) jumpa next post.

psttt..aku rasa gaya penulisan macam dah berubah sejak kahwin nih. hehe

note : hari ni first day kerja setelah cuti 3 minggu. Perasaan MALAS nak kerja jagan cerita la tapi tetap kene kerja lewat sampai sekarang. Apa nak buat. Kene kerja jugak cari rezki lebih.

4 comments:

fika79 said...

lupa nak ucap selamat pengantin baru bro..sentiasa ingat tanggungjawab dan perasaan cinta kasih tu sampai bebila!

Alkisah said...

hehe wah buat comeback nampak..

Muhammad Fadhli said...

fika79 : tenkiu kak nat. tenkiu jugak atas nasihat tersebut. InsyaAllah ingat sampai bila2.

Alkisah : Chelsea kan selalu buat comeback last2 minit...kehkehkeh

KnOwRuLeS HoNeY said...

selamat pengantin baru