Friday, July 29, 2011

Saya Bangga Saya Anak Malaysia

Walaupun kalah, aku bangga menyokong pasukan negara sendiri. Ada sesetengah orang, apabila kelab-kelab luar datang macam Chelsea, Liverpool or whatever kelab yang ada kat dunia, sanggup habis beratus-ratus ringgit untuk menyaksikan pemain kesayangan mereka. Tapi bila pasukan negara bermain, tak nak pulak datang stadium sokong dah tu duduk depan TV komplen memanjang.

Credit to Amir nasheriq untuk gambar.

Walaupun Malaysia kalah, tidak la boleh salahkan seratus peratus terhadap pemain, dah memang tahap permainan dieorang macam tu. Nak salahkan jurulatih pun tak guna, dah sape yang lantik dia jadi jurulatih. Ini semua politik. Jurulatih hanya orang di depan dan ramai lagi orang di belakang tabir yang meminta jurulatih buat itu dan ini (hanya pendapat sendiri) . Kebanyakan negara yang sukan mereka berjaya, orang politik tidak campur tangan.

Malaysia kalah, tak boleh jugak salahkan pemain Singapore main macam taik. Itu stategi mereka. Itu taktik mereka. Mereka mahukan kemenangan. Mereka datang Malaysia mengharapkan hanya seri dah cukup. Dalam bolasepak, kemenangan itulah yang penting, main cantik atau tidak, itu cerita lain.Kalau nak tengok total football atau seni bermain bola, lebih baik tengok arsenal atau barcelona tak pun pasukan Brazil. Brazil pun dah tak main cantik sangat.

Cerita banyak pun tak guna. Sokong lah pasukan anda. Ikut suka anda la, aku tetap anak Malaysia. Malaysia Boleh.Harimau Malaya boleh.Auuuummmmm. Next Target - Olimpik

note : sepanjang game semalam, aku berdiri atas kerusi stadium. Tekak luka wehhh bersorak.

2 comments:

Fikri Rais said...

ang berdiri atas kerusi, aku sepanjang game dok berdiri kt anak tangga ja.. penuh mampat stadium !! yang penting semangat juang anak Malaysia x pudar apa jua keadaan cabaran.. aku bangga jadi anak Malaysia !!!!!!! Aaauummm !!!

Muhammad Fadhli said...

perghhh..bayangkan diri atas kusi stadium..mane stabil bro...aku time Malaysia gol rase nak terbalik jatuh..haha