Tuesday, August 02, 2011

Buat 1 dapat 70. WOW !!

Masjid Baitul Amal tempat aku selalu bersolat,
Bila bulan puasa penuh sampai 5-6 saf waktu zohor & Asar,
Bila hari biasa tinggal dalam 2 saf sahaja.

Sabda Rasulullah (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda.

Begitu lah sabda Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Apabila tiba bulan yang mulia iaini bulan Ramadhan, apa sahaja perkara sunat yang dibuat seperti sembahyang sunat, bersedekah atau segala amal jariah yang lain di beri balasan fardhu iaitu sama balasan seperti melakukan yang wajib. Manakala amalan fardhu seperti solat 5 waktu di beri ganjaran 70 kali ganda.

Siapa yang tak mahu kan. Macam 1 bonus buat umat Islam untuk membuat amal kebajikan. Di saat inilah kita akan mempertingkatkan segala amalan yang tidak pernah kita buat di bulan lain seperti mengaji al-Quran dan bersedekah. Jangan terasa sebab aku bukan bercakap pasal orang lain tapi diri sendiri. Di harap, aku dapat teruskan sampai bila-bila dan tak perlu tunggu bulan Ramadhan sahaja.


My favourite Vlogger AnwarHadi. Kesemua video beliau mempunyai mesej tersembunyi.

Seperti saudara Anwar Hadi bagitahu didalam video diatas, sembahyang berjemaah di hari biasa sudah dapat 27 kali ganda tapi agak susah untuk di lakukan. Kenapa ? Macam-macam alasan akan diberi seperti masjid jauh la, kerja la, penat dan sebagainya. Tapi apabila tiba bulan Ramadhan, sanggup datang ke masjid. (Bukan ape, lepas solat jemaah, boleh rehat2 tidur dekat belakang, lewat sikit masuk office lepas tu terus balik berbuka dirumah) .

Di harap niat kita datang ke masjid bukan sebab-sebab tersebut kerana Allah maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini di terima Allah SWT. Amin. InsyaAllah sama-sama kita berdoa.
Kelebihan solat Terawih malam ini (malam yang ketiga) ; Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. InsyaAllah, semoga kita dapat meneruskan solat terawih di bulan yang mulia ini dan semua dosa-dosa kita selama ini di ampunkan Allah SWT.

note : hari ini beli pizza & kek secret recipe. Bithday orang rumah esok. Celebrate awal sikit. Selamat berbuka kawan-kawan.

3 comments:

Alkisah said...

birthday qiah ke esok?

Muhammad Fadhli said...

aah bang...

chiLleD...!! said...

video terbaru anwarhadi bes..promote sal ramadhan.

moga pe yang kita lakukan dibulan ni berkekalan di bulan2 lain jugak..itu lebih baik.