Wednesday, August 03, 2011

Pejabat Pos

Renew Lesem memandu yang dah mati akhir bulan lepas

Pagi tadi, aku pergi la Pejabat Pos Ampang Park, nak perbaharui lesen memandu . Dah dua tiga hari aku memandu tanpa lesen. Kalau kena tahan di bulan puasa, tak ke jahanam duit keluar bayar saman. Dah la time nak raya ni, polis memang sibuk cari duit kopi. Sampai Pejabat pos tak la ramai orang. Boleh kira dengan jari. Kaunter ada 2 yang buka. Tapi bila lagi satu no nak sampai turn aku, kene tunggu lama pulak dekat 20 minit.

Dua-dua di kaunter bukan warga Malaysia

Ini semua gara-gara foreigner/orang luar/bukan orang Malaysia yang datang untuk mengepos duit balik ke kampung masing-masing. Ada seorang mamat Bangladesh tu aku tengok keluar duit dari poket jeans lebih seribu ringgit. Bukan buat untuk diri dia sahaja tapi dia tolong buat untuk kawan-kawan yang lain yang memang malas nak ke Pejabat Pos atau ade kerja lain.

Jadi orang lain kene la tunggu sampai dieorang habis. Cadangan saya kepada Pos Malaysia, buat la 1 kaunter khas untuk Warganegara Asing. Ini tak, buat macam-macam servis. Boleh bayar macam-macam itu dan ini tapi servis anda terlalu perlahan. Kesian dekat kami yang kena menunggu.

note : Bulan Ramadhan mengajar erti kesabaran

No comments: