Wednesday, August 03, 2011

Birthday Isteri Saya

Ini isteri saya dan gambar ini gambar 2 minggu lepas sebelum puasa. Harap maklum

Hari ini adalah hari kelahiran isteri saya yang ke..er..er..bukan saya lupa tapi takut nanti die marah saya sebab bagitahu umur dia dekat sini. Jadi saya perlu pulang awal untuk berbuka dirumah hari ini sebab semalam dia janji nak masak yang special dekat saya. Tak tahu apa yang special. Teka la dalam hati (ayam goreng special, ayam bakar, nasi ayam, ayam golek, ayam kicap, ayam amsak merah, ayam gulai, ayam sweet sour.. semua ayam sebab pagi tadi teman dia pergi beli ayam sebelum ke office.. haha).
Semalam tak celebrate apa pun. Saya cuma belanja dia makan pizza & secret recipe. Sedih pulak sebab tak sempat prepare apa-apa yang special. Takpe my dear, lain kali boleh beli hadiah, tak perlu tunggu birthday kan. :)
Kelebihan solat Terawih malam ini (malam yang keempat) ; Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. InsyaAllah, semoga kita memperolehi pahala seperti orang yang membaca kitab-kitab tersebut

note: yeayy esok malam balik kampung isteri saya naik bas.

2 comments:

Alkisah said...

nasib baik hang mention 2 mgg lalu.. heran aku tgk gambar tutti frutti siang2 hari

eB ezrin said...

happy besday 2 ur wife :)