Thursday, August 04, 2011

Jualan Tiket keretapi sempena Raya

Iklan KTMB

Semalam dah booking online siap-siap sebab takut habis. Tahun ini kali pertama akan beraya sebagai suami, InsyaAllah jika di panjangkan umur dan di murahkan rezki. Jadi raya pertama akan beraya di Johor iaitu rumah aku. Balik Johor dari KL drive jer walaupun sakit jiwa dengan kesesakan lalulintas. Biasa dah duduk dalam jem ni.

Dan bila pulang ke Kelantan iaitu kampung isteri, kami memilih untuk menaiki keretapi dari Segamat ke Tumpat. Wah..seharian duduk dalam keretapi. Seronok juga kan beraya didalam keretapi sekali sekala. Nak drive takut tak larat dan biasa la musim raya, macam-macam perkara boleh berlaku.

Sesiapa yang nak booking tu, cepat lah sikit. Online Booking boleh, Call Booking boleh, atau kalau rajin pergi la ke mana-mana stesen keretapi terdekat. Dengar-dengar tiket ke pantai timur dari KL dah pun habis tapi kerajaan akan umumkan tiket tambahan. Jangan risau :)


Kelebihan solat Terawih malam ini (malam yang kelima) ;Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin InsyaAllah, semoga kita mendapat pahala seperti menunaikan solat di masjid-masjid tersebut.

note : malam ini pulang ke kampung isteri di Kelantan menaiki bas. Doakan keselamatan kami.

No comments: