Wednesday, August 10, 2011

Hujan di Kuala Lumpur

Alhamdulillah demam sudah semakin pulih tapi hari ini sakit kepala bukan main-main. Setiap kali batuk, terasa berdenyut seluruh urat saraf di kepala. Begitu juga bila terbersin, terasa seperti nak meletup. Ya Allah, apakah ini satu lagi ujian untuk hamba Mu ini. Sempena bulan yang mulia ini, Kau sihatkan lah tubuh badan hambaMu ini ya Allah supaya aku boleh beribadah kepadamu dengan lebih sempurna lagi. Hanya Engkau tempat aku bermohon.

Hari ini pula kerja di tingkat 60 KLCC dengan cuaca yang sejuk, tambah lagi hujan area KL. Bertambah sejuk la dalam office ni. Rasa macam nak beku dah ni sebab lupa bawak baju tebal. Bila dah sejuk bertambah sakit kepala pula. Kejap2 lari ke bilik air, bukan nak pergi minum yer tapi nak hilang kan sejuk. Banyak-banyak tempat, bilik air paling kurang sikit aircond. Boleh la tahan kejap.

Hari ini janji dengan isteri nak berbuka di food court KLCC sebab katanya dia nak makan cendol. Ok la. Kejap lagi kena turun booking seat kalau tidak nanti penuh. Dah la lepas berbuka, isteri kene sambung kerja semula. Aku, insyaAllah akan berterawih dekat area office aku iaitu masjid baitul Amal. Seronok sembahyang disitu. Aku pun tak tahu kenapa.

Kelebihan solat Terawih malam ini (malam yang kesebelas) ; Dia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

note : Selamat menunaikan Ibadah terawih malam ini.

3 comments:

miss koala said...

selamat bertarawih.. =)

Fikri Rais said...

bro,
check JAIS/islam.gov.my pasal fadilat terawikh palsu nih

<a href='http://www.fikrirais.com/2011/07/fadhilat-solat-tawarih.html>Fadhilat Tarawikh</a>

Unknown said...

mis koala : selamat juga

Kecik : a'ah la..aku baru tahu..thanks bro