Thursday, August 11, 2011

Tanda di Serang Migrain

  1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. - Yes, aku sakit gila belakang kepala, berdenyut-denyut
  2. Terasa sakit di belakang biji mata - Yes, setiap kali rukuk atau sujud, rasa biji mata macam nak terkeluar. Sama juga bila nak terbersin atau batuk.
  3. Kesakitan berpanjangan selama 6-48 jam - Yes, aku dah lebih 2 hari sakit
  4. Rasa mual dan nak muntah - Yes, 2 hari lepas makanan berbuka (bubur lambuk) seperti nak keluar balik
  5. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas - Yes, Sentiasa rase seram sejuk dan letih gile. Pagi tadi bangun tidur tangan kanan tak rasa langsung.
  6. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising - Yes, sakit mata tengok monitor ni tapi semangat nak update blog, isk tak boleh macam ni
  7. Berpeluh-peluh - No, mane ade peluh duduk dalam aircond.

Semua tanda-tanda diatas ada kecuali yang last sekali. Bos, saya nak balik rumah tidur kejap boleh. Orang kata, kalau migrain, kena tidur tempat yang gelap dan sunyi. Dekat office semua terang. Kalau bos bagi tutup lampu, saya tak balik.
Link

note : congrats kepada rakan blogge Al Kisah yang baru sahaja menerima cahaya mata yang pertama pagi ini.

No comments: