Ini litar lampu Kalimantang..bukan Litar Sepang yer adik-adik.
Lampu pendarfluor atau lampu kalimantang merupakan sejenis lampu nyahcas gas yang menggunakan arus elektrik untuk mengujakan wap raksa. Wap raksa yang diujakan ini menghasilkan sinar ultraungu gelombang pendek yang menyebabkan lapisan fosfor untuk menghasilkan cahaya tampak. Lampu penderfluor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya yang boleh dimanfaatkan lebih baik daripada mentol lampu. Kos penggunaan tenaga yang rendah mengatasi kos awal lampu itu sendiri. Lampu ini lebih mahal daripada mentol lampu kerana ia memerlukan balast elektrik untuk mengawal arus elektrik di dalam lampu.
Sementara jenis tiub biasa banyak digunakan di bangunan komersial dan institusi, lampu pendarfluor padat kini boleh didapati dalam saiz yang sama seperti mentol lampu sebagai alternatif penjimatan tenaga di rumah.Sumber : wiki
note : kerja-kerja menggantikan lampu kalimantang di bahagian dapur dilakukan hari ini juga. Kesian bini memasak dalam gelap. Ballast dah hangus. Setiap kali petik suis, ELCB tendang trus trip 1 rumah. Mula-mula nak tukar ballast sahaja tapi terus tukar 1 set.
2 comments:
ballast hangus.. hang p balas lampu la..
ballast=katak.. orang dolu2 kata. hehehe
Post a Comment