Wednesday, November 30, 2011

Sistem Baru RapidKL

Pagi ini kena pergi kerja naik LRT. Orang rumah kerja petang jadi kereta bagi orang rumah yang bawak. Dah lama juga tak naik LRT pergi kerja atau pergi mana-mana jadi dengan penuh konfiden aku pun beli tiket ke Masjid Jamek (RM 2.40) dulu sebelum tukar train nak ke Ampang Park (dari Jamek ke Ampang Park RM 1.60) . Tapi akak tu tak bagi tiket tapi bagi token. Dia ingat aku nak main game ker apa tapi token pun token la. Janji sampai.

Token rapid Kl. Sangat tidak sesuai. Ringan dan mudah tercicir.

Sampai Jamek, aku dah macam orang gila. Takda tempat lak nak masuk token sebelum beli tiket nak ke Ampang Park. Mula lah nak menyirap. Tanya punya tanya dekat akak-akak polis dekat situ , rupa-rupanya LRT dah buat stail beli 1 tiket untuk 1 perjalanan sama ada Putra LRT (Kelana Jaya Line) atau Star LRT ( Ampang Line).

Contohnya macam aku, Kalau dari Ampang nak ke KLCC atau mana-mana Stesen Putra LRT lain dari gombak sampai lah Kelana Jaya, tak perlu lagi beli tiket 2 kali. Sangat membuang masa dan menyusahkan . hanya beli 1 tiket, turun di Jamek dan tukar train sahaja. Faham tak ? Kalau tak faham sekarang jugak pergi naik LRT.

Mesin baru untuk token. Bukan token game.

Bagus la macam tu. Ada sikit improvement tapi staf Rapid cawangan yang kecil-kecil ni tak update ke kat penumpang lain. Tak mesra alam betul. Aku tengok ramai jugak terpinga-pinga dekat Jamek sebab Jamek jadi tempat interchange antara 2 LRT yang berlainan sebelum ni. Bukan semua orang tengok internet, baca surat khabar dan lain-lain lagi dan bukan semua orang naik LRT hari-hari contohnya macam aku. rasanya ramia lagi tak tahu pasal benda alah perubahan Rapid ni (atau aku seorang je yang tak tahu).

Tak semua orang ada twitter dan kalau ada twitter macam aku pun takde pulak aku follow rapidkl

Maklumat lanjut boleh rujuk berita ini di website RapidKL.

note : panas hati dengan rapid KL tak habis lagi tapi ini bukan pasal kes pagi ni. Ini kes lain. Update di lain hari sebab tak nak maki hamun sangat dalam blog.

No comments: