Monday, December 05, 2011

10 Muharram

Mesti ramai yang lupa kalau hari ini adalah 9 Muharram dan esok adalah 10 Muharram. Zaman sekarang ni, kebanyakan orang jarang tengok kalendar Islam kecuali Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal. Bulan lain ?? Ini adalah kenyataan. kalau tak percaya, cuba pergi tanya dalam 10 orang apakah tarikh hari ini dalam bulan Islam, belum tentu 7 orang dari mereka dapat jawab dengan betul. Dapat 5 orang yang jawab dengan betul, itu dah kira baik.


Kenapa pulak 9 dan 10 Muharram di jadikan isu disini. Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Salah satu amalan di hari Asyura ialah puasa sunat. Berikut senarai hadis tentang puasa pada 10 Muharram.
Hadis yang Pertama
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”.
(Muttafaqun ‘Alaihi).
Hadis yang Kedua
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
(HR. Muslim)
Hadis yang Ketiga
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”
(HR. Muslim)

Dari hadis yang ketiga, Rasulullah ada menyebut tentang berpuasa di hari kesembilan iaitu hari Tasu’a (9 Muharram) . Ini untuk mengelakkan persamaan antara umat islam dan Yahudi kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram. bagi mereka 10 Muharram adalah hari di mana Allah selamatkan Nabi Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut.

Ada satu hadis dhaif lain iaitu “Puasalah kalian hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya”. Ada juga yang kata tidak makruh jika hanya berpuasa pada hari 10 Muhaaram. Bagi aku pula, segala-galanya bergantung pada niat kita.

Mana nak dapat bubur Asyura buat berbuka

Nak tahu lebih lanjut tentang 10 Muharram & Hari Asyura boleh rujuk di sini, sini dan sini.

note : berbuka apa kita hari ini ?? selamat berbuka kawan-kawan yang berpuasa. Semoga puasa kita diterima Allah SWT.

No comments: