Wednesday, February 06, 2013

minggu 36 minggu makan-makan

Minggu ke-36.

Hari ini wife dah masuk minggu yang ke 36. macam cepat sangat masa berlalu. Rasa excited, tak sabar, gembira, berdebar dan macam-macam rasa lagi bercampur tolak darab dan bahagi sama dengan tak tahu nak terangkan rasa sebenar.

Last post ade cerita pasal makan kali ni pun nak cerita pasal makan. Aku ni bukan la jenis cerewet sangat pasal makan. Jenis tolak batu & kayu + buah betik..yang lain aku memang bedal jer. Aku jarang nak makan dekat restoran atau kedai yang mahal-mahal bukan sebab berkira atau kedekut, tapi cuba berbelanja secara berhemah dan ikut kemampuan kononnya tapi kadang-kadang langgar jer prinsip tu kalo rasa tekak & nafsu nak makan membuak-buak

So last weekend adalah minggu makan-makan aku dan wife. Untung juga bila wife pregnant ni boleh merasa macam-macam makanan sebab semua pun dia nak makan. Chilis aku pernah try makan sekali sahaja dengan office mate dan yang lain-lain aku tak pernah try lagi.

Bergambar sebelom makan. Nampak cili tak kat tingkap tu?

 
seronok betul wife dapat makan chili's. aku pulak pantang jumpa makanan

Start hari jumaat malam wife bagitahu yang dia rasa nak makan Chillis dan yang paling dekat ada di KLCC. Kiteorang planning dah lama nak pergi makan tapi tak berkesempatan. Dah sampai tak tahu pulak nak order apa. Belasah apa ada yang dekat menu bila tengok gambar macam sedap. Aku order Fajita Trio (ada daging,ayam & udang) dan wife order ape pun aku dah lupa nama dia tapi makanan berunsurkan ayam madu crispy siap ade jagung lagi.

Beard Papa Pavillion. Wife kata sedap. Aku tak terasa nak rasa lagi.

Nampak sedap kan..aku menaip sambil menahan rasa kebulur

Sabtu petang lepak paviliion sebab wife nak beli dan rasaa cream puff dekat Beard Papa then makan malam dekat Madam Kwan. Wife cuma nak makan desert pisang dengan ice cream tu (Banana Fritters with Ice Cream) dan aku yang melantak Nasi Bojari.

Gaya teruja dengan minuman yang pelik-pelik di Chciken Rice Shop. Selalu minum teh ais jer hari-hari.

Nasi Ayam ala-ala mewah. Taugeh memang sedap aku yang habiskan.

Ahad lepas wife balik kerja pergi pusing-pusing Jusco AEON AU2, wife nak makan nasi ayam The CHicken Rice Shop. Sedap juga. Dulu selalu lalu kutuk ape la nasi ayam mahal-mahal kat luar aku beli 5 hengget kat sini berpuluh ringgit. Tapi bila dah makan berbaloi juga dengan harga.

Ini serius memang sedap. Sila order dengan beliau (Ummi Delight)

Balik rumah pula makan baked macaroni chesse dia tempah dengan orang yang kenal dalam facebook Ummi Delight tapi memang sedap juga. So secara kesimpulan aku rasa wife memang nak makan dan rasa semua sebelum bersalin sebab bila dah bersalin kena pantang dan tak boleh nak makan sembarangan. hehe

note : ada beberapa tempat lagi kena bawak wife pergi makan. next weekend pula yeayyyyy...makan lagi

No comments: