Tuesday, March 11, 2014

Fayyad setahun + MH370

Assalamualaikum


Sudah hampir 3 bulan tidak ada apa-apa coretan disini sebab tiada apa yang nak dibualkan. Fayyad pun dah genap setahun beberapa hari yang lepas (08032014) bersamaan dengan tarikh MH370 pesawat Boeing-777 dari Malaysia ke Beijing hilang dan hari ini dah masuk hari keempat pencarian.


 Sambut hari jadi Fayyad

Majlis harijadi fayyad disambut secara sederhana di kampung mummy di Kelantan. Ikut bajet papa dengan mummy la. Ada kek. Mummy goreng bihun, sate. nasi impit, kuah kacang. Tok Abah goreng mee lepastu tempah roti jala dan kuzi ayam. Jemput jiran-jiran dan saudara terdekat je. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

genap setahun


**********

Untuk kisah MH370, tiada apa yang boleh diulaskan selain teruskan berdoa untuk mangsa dan keluarga mangsa supaya terus tabah. Selagi tak jumpa apa-apa petunjuk, tidak perlu la pandai-pandai nak jadi pakar atau buat spekulasi yang bukan-bukan. Kalau baca dekat internet atau media sosial, tak perlu internet, cukup akhbar tempatan macam Utusan siap kata kebarangkalian juruterbang bunuh diri. Kalau nak tulis biarlah berhemah.

 Pembantu Juruterbang Fariq Abdul Hamid bersama Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Journalist CNN atau perisik?

Tapi ada satu tulisan mantap yang aku baca dan ingin kongsikan bersama. Boleh Klik Sini. Tulisan ni lebih mengatakan kepada teori konspirasi sesuatu badan yang boleh kata ada fakta dan logik akal. Sekadar kebetulan atau fakta semua ini berlaku ? Bukan hendak percaya bulat-bulat tapi terpulang pada diri masing-masing

note : hanya kepada Allah SWT kita mampu berserah. Logik akal manusia tidak mampu menandingi kuasa yang maha Esa

1 comment:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)