Cepat betul masa berlalu, esok 8 Disember 2013 fayyad genap 9 bulan. Perangai dan lagak dah macam orang dewasa padahal belum boleh jalan lagi. Nak makan apa sahaja yang papa & mummy makan. Minum pun nak dalam gelas atau cawan, tak nak minum dekat sudu atau botol.
Bila nampak motor bukan main dia jerit macam teruja gila. Jadi, papa & mummy bawak la fayyad naik motor atuk dekat kampung. Fayyad duduk tengah antara papa dan mummy tapi kepala dia nak kekiri dan kanan nak tengok depan. Tangan pula buka luas-luas nak rasa angin. Kelakar betol tengok ragam anak papa ni.
note : semoga fayyad sihat selalu..
No comments:
Post a Comment