Thursday, June 26, 2014

Tahniah JDT


Kali terakhir Johor FC/JDT memenangi piala pada tahun 2001 apabila menjuarai Liga Perdana 2 sebelum sebelum dinaikkan ke Liga Perdana 1. Masa tu tak ada JDT lagi tapi hanya yang ada Johor FC atau digelar Sang Lebah. 


Apabila Tunku Ismail mengambil alih pengurusan bolasepak Johor pada tahun 2013 dan menukar nama pasukan bolasepak yang sedia ada kepada JDT dan JDT II, mungkin ramai yang keliru. Untuk yang tidak tahu, Johor FC adalah JDT dan Johor FA adalah JDT II. Bagi aku JDT II adalah pasukan bolasepak sebenar Johor. Tapi tak ada beza antara keduanya masih lagi dibawah pengurusan Tunku Ismail. 

Jorge Pereyra Diaz MOM

Pada tahun 2013, pasukan JDT hanya menduduki tangga ketiga Liga Super dibelakang juara LionXII dan naib juara Selangor. Musim ini menyaksikan JDT muncul juara Liga Super 2014  apabila menewaskan Sarawak 1-0 pada perlawanan terakhir hasil jaringan pemain kelahiran Argentina, Jorge Pereyra Diaz. Selangor di belakang JDT menduduki tempat kedua dan Pahang di tempat ketiga.

Ayuh Johor
Ayuh Johor
Luaskan Kuasamu Johor!
Kami ADA
Kami ADA
SETIA bersamamu Johor!
Ale ale ale ale
Ale ale ale ale

note : tahun depan menang lagi..

2 comments:

Al Kisah said...

Tahniah.. :P jom balik johor

Montana said...

cutiiii