Wednesday, June 25, 2014

Piala Dunia 2014 Brazil - Kontroversi Luis Suarez

Bak kata pepatah Uruguay "Tak dapat lengan, bahu pun jadi".

Pagi tadi berlangsung perlawanan di antara Itali dan Uruguay. Perlawanan ini kira siapa menang, dia layak ke pusingan kalah mati. Uruguay menang 1-0 hasil jaringan Diego Godin pemain Atletico madrid. Aku bukan nak cerita siapa menang atau kalah, siapa kena kad merah atau siapa balik awal. Tapi aku nak cerita pasal seorang lagenda bagi penyokong Liverpool dan juga rakyat Uruguay iaitu Luis Suarez.


Nama sebenar beliau Luis Alberto Suarez Diaz dilahirkan di Salto, Uruguay pada 24 Januari 1987. Bukan semua peminat Liverpool tahu dia lahir kat mana dan bila. Memang tak dinafikan, Luis Suarez dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang pemain bolasepak. Tetapi selalu sangat buat benda-benda bodoh dan salah satu ialah gigit pemain lawan. Setakat ini yang di rekod, dah 3 orang jadi mangsa. Agaknya mungkin keturunan vampire macam cerita twilight tu. 

Mangsa Pertama  : Otman bakal (PSV)

Otman Bakal digigit Suarez

Mangsa gigitan pertama Suarez adalah seorang pemain PSV, Otman Bakal. Masa tu Suarez bermain untuk Ajax dan beliau pernah memenangi pemain terbaik kelab untuk 2 musim berturut-turut dan pemain terbaik Belanda pada musim 2009-2010. Akibat perbuatan mengigit pemain lawan, media di belanda menggelar suarez sebagai Cannibal of Ajax. Ajax mendenda Suarez tidak boleh bermain 2 perlawanan tetapi persatuan boalsepak Belanda meningkatkan sehingga 7 perlawanan. 

Mangsa Kedua : Branislav Ivanovic (Chelsea)

Ivanovic digigit di tangan kanan

Mangsa gigitan kedua Suarez ialah seorang pemain Chelsea, Branislav Ivanovic dan ketika itu Suarez bermain untuk Liverpool. Suarez juga pernah memenangi pelbagai anugerah ketika berada di liverpool antaranya musim lepas menjadi pemain terbaik liga perdana Inggeris dan kasut emas kerana menjadi penjaring terbanyak. 

Suarez memohon maaf melalui twitter

Walaupun Suarez telah memohon maaf tetapi tetap kena denda untuk tidak boleh bermain 10 perlawanan. Sejak itu, Suarez telah berubah dan menjadi pemain yang lebih baik 

Mangsa ketiga dan terbaru : Giorgio Chiellini (Itali)

Footage Suarez mengigit Chiellini

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya jerebu yang keluar. Suarez dan gigi tidak dapat dipisahkan. Pagi tadi dia buat hal lagi. Dalam perlawanan kumpulan D bagi Piala Dunia 2014 antara uruguay dan Itali, Suarez  beraksi sekali lagi dengan menjadikan Chiellini mangsa terbaru. Fifa kata nak siasat dan mungkin Suarez tidak dapat bermain sehingga 24bulan atau 2 tahun untuk perlawanan antarabangsa. Cerita, gambar dan video boleh tengok dekat DailyMail.co.uk

Antara kontorversi lain Suarez :-
  1. 2003 - Menanduk pengadil ketika berusia 15 tahun semasa bermain untuk kelab Nacioanal di Uruguay. Jurulatih Nacional ketika itu berkata pengadil patah hidung dan darah keluar tidak berhenti.
  2. July 2010 - Menahan bola secara sengaja menggunakan tangan ketika bermain untuk Uruguay menetang Ghana ketika Piala Dunia 2010. Walaupun di buang padang, Uruguay layak dalam penentuan sepakan penalti.
  3. October 2011 - mengeluarkan kata-kata perkauman terhadap Patrice Evra. Di denda 40 ribu dan tidak dibenarkan bermain 8 perlawanan.Perlawanan seterusnya menentang Man Utd, Suarez secara sengaja tidak bersalam dengan Evra.
  4. December 2011 - Di ban 1 perlawanan kerana  menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Fulham
  5. October 2012 - meraikan jaringan dengan melakukan dive dihadapan penyokong Everton di Goodison park.
  6. Januari 2013 - Menjaringkan gol menggunakan tangan ketika menentang Mansfield dalam perlawanan FA Cup
  7. March 2013 - menumbuk pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.

note : Suarez akan dikenang sebagai pemain yang penuh kontroversi, bukan seorang pemain yang hebat walaupun hakikatnya dia seorang pemain yang berbakat.

No comments: