Tuesday, June 24, 2014

EL NINO

Ini bukan El Nino Fernando Torres yang main bola sepak tu. Ini El Nino yang berkaitan dengan cuaca yang dialami rakyat Malaysia sekarang. Kalau dalam bahasa Sepanyol, El Nino bermaksud anak lelaki. Kalau La Nina pula bermaksud anak perempuan.


3 ke 4 hari lepas, aku baru lepas parking kereta dan nak masuk pintu depan astro. Ada 2 orang makwe yang tak berapa nak cun dan free hair. Aku tak tahu orang mana tapi macam agak poyo. Dieorang nak keluar dan berselisih lalu tegur aku dalam bahasa Inggeris tapi takde slang mat salleh langsung.

"Excuse me, your country is hot yaa.." Lepas tu dieorang gelak-gelak kat aku,

Aku pun cuma boleh tergelak balik bila dia cakap macam tu tapi dalam hati aku "What the fork??Hell is hotter than here lol" tapi tak terluah dek lidah ni. Memang tak dinafikan cuaca panas walaupun baru pukul 9 pagi. Mungkin dieorang bukan orang Malaysia tapi kalau Singaporean pun sama jer cuaca panas juga.

Sekarang tambah lagi dengan suasana jerebu cuma tak istihar darurat. Duduk dekat Bukit Jalil macam duduk dekat Fraser Hill. Takde beza tanah tinggi atau tanah rendah cuma bahang panas tu tetap sama. Hari-hari tidur pun pasang kipas laju-laju tambah lagi dengan cooler. Nasib baik rumah tak ada aircond kalau tak duit gaji habis buat bayar bil letrik sahaja.

note : harap hujan turun menjelang ramadhan..biar sejuk sikit bumi Allah ini..kesian pada tumbuhan dan haiwan..amin..

No comments: