Monday, August 11, 2014

Majlis Hari Raya Taska Putera 2014

Zaman sekarang ni, Taska atau nursery pun ada majlis hari raya. Aku tak ingat pulak dulu aku ada sambutan hari raya atau tak masa kecil. Untung betul budak zaman sekarang. Taska fayyad ni boleh tahan aktiviti dia. Hari Guru, Hari Raya, Maulud Nabi atau apa sahaja majlis yang bersesuaian dengan kanak-kanak mereka pasti buat. 

Khamis lepas masa ambil fayyad, cikgu dah pesan, esok pakaikan fayyad cantik-cantik baju melayu dan songkok. Malam tu isteri dah siap gosokkan baju melayu dan seluar siap-siap. Pagi jumaat tu, isteri MC sebab tak sihat. Lepas siapkan fayyad cantik-cantik dan handsome, aku pun hantar la fayyad. Tengok ramai dah bebudak sampai dengan pakai baju raya. Fayyad paling kacak siap songkok dan samping sekali.Haha

Cantik tak cikgu saya. Jangan jeles pakai baju sedondon.

Taska fayyad ni ada 3 orang cikgu. Cikgu As sebagai penyelia, Cikgu Nur yang jaga baby yang masih kecil dan cikgu Lisa yang ajar budak-budak. Setakat ni, Taska ni memang bagi aku dan isteri servis yang baik dan tip top. Tiada masalah dengan anak aku dari segi makanan dan pakaian. Tengok budak-budak lain pun macam gembira jer bila ke Taska. Memang sangat berpuas hati. Sayang juga kalau nak tukar Taska lain.

Sopannya anak papa depan makanan

Gambar-gambar ini semua kredit pada cikgu Lisa yang tolong whatsapp semua dekat isteri. Seronok tengok anak membesar walaupun bukan 24jam depan mata. Kami memang menaruh sepenuh kepercayaan kepada pengasuh dan cikgu di Taska dan selainnya berserah kepada Allah SWT. Cikgu Lisa kata fayyad memang suka sangat makan. Rendang yang pedas tu pun dia seorang jer makan. Budak-budak yang lain tak makan pun rendang. Alahai anak papa..

Ok la..Layan gambar fayyad dan kawan-kawan dia berhari raya di taska.

Bersama kawan-kawan

Geng kampung Pisang 1

Geng Kampung Pisang2

Kacak dan bergaya

Horeyy..fayyad macam tak ada perasaan

Candid

Best Friend

note: bila tengok gambar fayyad ni dah macam abang-abang pulak.

3 comments:

Sofea said...

comey fayyad.

Unknown said...

fayyad ke cikgu yang comel..haha

LAVENDERRBLUSHH said...

Salam. Nak tnye, ni taska putera pandan indah ke?