Friday, February 20, 2015

Adik Isha Warded

Minggu ini terasa sangat sedih dan penat sampaikan tak larat. Hari isnin yang lalu, macam biasa bawa adik isha ke klinik kesihatan untuk cek tahap kuning. Sebelum tu hantar fayyad pergi taska dulu sebab semalam abah dan mama dah balik kampung. Pelannya bapa mertua akan datang ke KL hari rabu sehari sebelum tahun baru cina nak bawa balik isteri berpantang. Jadi aku boleh la follow sekali sebab dah cuti panjang.

Adik beradik demam

Masa bawa adik ke klinik, isteri kata badan adik macam suam-suam sikit. Lepas tu bawa pergi cek suhu memang konpem demam. Doktor terus refer hospital ampang untuk ditahan. Sebabnya bahaya kerana bayi belum cukup umur 1 bulan. Jadi adik pun ditahan. Kami rasa kami tahu puncanya. Sebab abang fayyad pun tak berapa nak sihat. Batuk dan selsema lepas tu suka cium adik dia. Sampai kan bila dilarang terus merajuk dan  menangis. Punya la dia sayang adik dia.

Doktor sahkan ada virus dalam darah dan adik perlu ambil antibiotik. Kesian juga dekat isteri dah la masih dalam pantang kena pula duduk wad lagi untuk teman adik sebab adik fully breastfeed. Aku mamang macam dah tak kerja dah. pergi balik hospital ambil baju isteri dan adik isha, masakkan makan tengahari dan malam untuk isteri (hospital ada makanan, tapi bukan makanan orang berpantang), hantar dan ambil abang fayyad pergi taska. 

Hari kedua aku memang collapse dan aku pula demam. Nasib baik hari semalam, hari pertama Tahun Baru Cina, adik isha dah boleh discharge dari wad. gembiranya aku. Yang penting adik sihat, mummy sihat dan abang pun sihat. Papa pun kena sihat kalau tak macam mana nak jaga mummy dan anak-anak juga. 

note : semoga sihat selalu.

No comments: