Monday, March 09, 2015

Aqiqah Isha & Birthday Fayyad

Khamis lepas aku naik flight dari KLIA 2 ke Pengkalan Chepa sebab hari Jumaatnya nak buat aqiqah adik isha. Sepatutnya flight aku pukul 3 suku tapi tertunda dekat setengah jam sebab hujan lebat tak boleh nak take off. Jadi tidur la dengan perut lapar dan sejuk dalam kapal terbang. Sampai airport, adik-adik ipar dah tunggu sebab aku tak inform dieorang flight delay. hehe

Majlis Aqiqah Zaara Raisha

Pagi-pagi jumaat lagi dah keluar dengan bapa mertua dan adik ipar lelaki yang bongsu pergi ladang kambing. Bawa seorang tok imam jadi tukang sembelih. Mak aii kambing pulak walaupun duduk dalam kandang tapi jenis liar sebab waktu siang dilepaskan ke dalam kebun getah. Terhegeh-hegeh jugak la nak tumbangkan. Maklumlah masing-masing mana ada pengalaman. Nasib baik seekor jer sebab anak perempuan.

Adik Isha baik je tidur macam abang

Lepas selamat di tumbangkan, bawa la balik ke rumah untuk dilapah-lapah dan dipotong menjadi kecil untuk dimasak gulai kawah. Sedar-sedar dah nak tengahari dan bersiap-siap nak solat jumaat. Lepas Jumaat, orang-orangkampung pun datang beramai-ramai. Imam tahnik adik dan gunting rambut buat syarat sebab adik dah tahnik dan cukur botak masa hari ke tujuh lagi. Lepas tu selawat, tahlil sikit dan makan.

Petang papa sampai tu terus buka hadiah tak sabar macam faham je.

Lewat petang sikit sambut hari jadi abang fayyad awal 2 hari sebab sepatut hari jadi abang fayyad hari semalam ahad 8 Mac. Tapi dah alang-alang ada anak jiran ramai, ajak dieorang sama-sama makan kek ultraman. Abang fayyad pakai baju dan seluar baru yang aku dah siap-siap sebagai hadiah hari jadi sebelum balik Kelantan lagi.


Kek Ultraman kegemaran abang fayyad


Selamat Hari Jadi yang ke 2 tahun (8 Mac 2015)

Malam tadi aku balik KL naik bas Sani Ekspress dari machang. Keluar rumah pun senyap-senyap takut nanti fayyad nampak die nak ikut pulak. Kesian kat dia. Maka bermula kembali kehidupan bujang di kota raya selama 2 minggu lagi sebelum bawa mereka balik.

note : jumpa lagi nanti..sedih nya kena tunggu lagi 2 minggu

No comments: