Monday, May 18, 2015

Malang Tidak Berbau

Pagi jumaat lepas apabila bangun tidur, aku bagitahu isteri yang aku mimpi ada penyengat masuk telinga. Lepas tu aku google la sesaja nak tahu maksudnya lalu jumpa website ini. Katanya kalau ada serangga dikaitakan dengan nasib tidak baik. Tapi bukan lah aku nak percaya pun. Sekadar suka-suka tengok maksud dan tafsir mimpi. Aku pun bagitahu isteri dan isteri pun gelak jer.

Tapi malang memang tak berbau. Balik kerja aku terus ke Taska nak ambil anak-anak bawa balik. Sampai sana cikgu kata fayyad jatuh masa main. Tengok ada plaster dekat dahi. Cikgu cakap koyak sikit. Masa aku buka plaster nak tengok nampak macam dalam. Cikgu pun suruh bawa pergi klinik. Fayyad memang cool dan kuat. Tak nangis pun cikgu kata. Nangis sikit jer time cuci luka.


Balik rumah ambil isteri terus bawa pergi klinik tapi kena tunggu lepas maghrib sebab doktor tak ada. Risau juga kena jahit. Lepas check dengan doktor, tak perlu jahit sebab luka tak dalam sangat. Pergi cuci luka je. Alhamdulillah. Lagipun tak boleh nak kata apa, tengah melasak sekarang anak bujang ni panjat sana sini.

Ceritanya, cikgu kata fayyad tiru aksi abang-abang kat sana main gelongsor. Orang main gelongsor turun kaki dulu, dieorang turun kepala dulu. Macam ala-ala stunt la konon. Yang si abang-abang ni pulak dah besar bila sampai bawah tahu nak tahan pakai tangan. Fayyad ni boleh pula tahan pakai kepala. Berparut la kepala anak aku. Adeh.

note : takpe la nak, jangan patah riyuk sudah la.. 

No comments: